@sxf1xx: 🇨🇾

Safia
Safia
Open In TikTok:
Region: GB
Saturday 09 November 2024 15:16:09 GMT
27705
2015
0
56

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @sxf1xx, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Hari ini 106 tahun yang lalu, Perang Dunia I berakhir dengan perjanjian gencatan senjata. Pewaris Empayar Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand & isterinya ditembak mati di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh nasionalis Serbia yang mendesak pembebasan Bosnia & Herzegovina daripada pemerintahan empayar itu. Austria-Hungary dibelakangi Jerman mengisytihar perang ke atas Serbia pada 28 Julai.  Rusia masuk menyokong Serbia bersama Perancis, Britain & Itali sebagai angkatan Bersekutu/Entente, sementara Austria-Hungary & Jerman disertai Uthmaniyah membentuk Kuasa Tengah. Konflik yang disangka singkat berlanjutan, semakin lama semakin banyak negara terlibat. Kempen demi kempen di 4 perbatasan utama berlangsung, hingga semua pihak berdepan kekurangan tenaga manusia & tekanan ekonomi memasuki 1916. Sekatan laut Jerman pada 1917 untuk menghalang bekalan dari AS, mengheret negara itu menyertai perang. Di Rusia, Bolshevik merampas kuasa daripada monarki dalam Revolusi Oktober 1917 lalu menarik diri daripada perang pada Mac 1918. Walau Jerman berjaya di peringkat awal, kemaraannya terhenti pada Ogos 1918 tatkala Entente yang diperkuat AS melancarkan Serangan 100 Hari. Di penghujung 1918, Bulgaria, Uthmaniyah & Austria-Hungary setuju untuk gencatan senjata. Susulan itu, Jerman yang keseorangan akhirnya setuju untuk ikut sama. Pada jam 5 pagi 11 November 1918, perjanjian gencatan senjata ditandatangani Panglima Tertinggi Bersekutu, Marshal Perancis Ferdinand Foch di dalam sebuah gerabak kereta api di Le Francport dekat Compiégne, Perancis (gambar). Ia berkuatkuasa pada 11 pagi itu Waktu Eropah Tengah (CET). Selepas 4 tahun, 3 bulan & 2 minggu, tamatlah 'Perang Besar' yang mengorbankan 9 juta nyawa & mencederakan 23 juta lagi. Sekitar 8 juta orang awam mati akibat penyakit, kebuluran & penderitaan emosi. Jerman menyerah kalah secara rasminya menerusi Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919. Bagaimanapun, syarat-syarat berat yang dikenakan ke atas Jerman menjadi asas kepada meletusnya Perang Dunia II. Sumber: History, Britannica #PeristiwaHariIni

About