@beritapertiwi: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan usul tergempar ke Parlimen untuk membahaskan isu kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Dalam ciapan di X, Syed Saddiq berkata, usul itu bagi mencari penyelesaian yang tuntas supaya budaya buli dapat dinoktahkan. “Buli sudah sistemik dan dinormalisasikan di UPNM. Pelajar dibunuh dengan kejam depan ramai orang. Pelajar didera pada siang hari di tempat terbuka. “Pelajar ditekap dengan seterika dan dikatakan ‘jenaka’ sahaja. Ini mengarut,” katanya sambil mempersoalkan sampai bila isu ini akan berterusan sebelum pihak berwajib akan bertindak. Menurut Syed Saddiq, usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis DEwan Rakyat. Dalam perkongsian gambar usul tergempar itu, Syed Saddiq turut mengemukakan contoh insiden termasuk kematian seorang penuntut pada 2017. “Usul ini juga perlu berkehendak disegerakan kerana melibatkan nyawa dan keselamatan para penuntut di UPNM. “Mengikut laporan kes yang diberitahu, sehingga ke hari ini masih terdapat kes-kes pembulian yang berlaku walaupun peristiwa menggemparkan telah meragut nyawa berlaku di tempat sama. “Malah, terdapat juga kemungkinan ada kes-kes yang tidak dilaporkan kepada pihak pengurusan kerana bimbang keselamatan pengadu tidak dapat terjamin,” katanya sambil menambah perkara itu amat mendukacitakan. IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Berita Pertiwi
Berita Pertiwi
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 11 November 2024 08:24:04 GMT
2701
80
3
4

Music

Download

Comments

elitejai
ARIES GUY :
kenapa tak bahas usul isu warga asing dan PATI
2024-11-11 09:58:05
2
tanahairku03
TanahAirKu03 :
😂speaker mana layan..
2024-11-11 09:10:52
1
safwanzuber
SafwanZB :
tutup je upnm tu klu tk boleh kawal
2024-11-11 08:32:58
1
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About