@ikcvf2: #foryou #fyb #vairal #🥹🥹🥹 #😭 #explore #اكسبلور #اكسبلورexplore #بحر #حزن

A
A
Open In TikTok:
Region: SA
Wednesday 13 November 2024 20:53:11 GMT
604821
39690
0
9436

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ikcvf2, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

DENDAM PADA P.RAMLEE TIDAK PERNAH PADAM Di era kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, bukan semua orang suka pada P.Ramlee. Sejak hari pertama P.Ramlee menjejakkan kaki ke studio Jalan Ampas hingga beliau berhijrah ke Kuala Lumpur beliau masih mempunyai musuh.  Ketika L.Krishnan memperkenalkan P.Ramlee buat kali pertama sebagai hero melalui filem Bakti pada tahun 1950, bertambah ramai musuh P.Ramlee. Musuh P.Ramlee dalam kalangan kawan-kawannya sendiri. Apabila nama P.Ramlee telah sampai ke puncak kemahsyuran makin bertambah-tambah musuh P.Ramlee. Jangan terkejut sebenarnya ada dalam kalangan yang menjadi musuh P.Ramlee itu adalah orang yang nampak rapat dengan P.Ramlee. Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain pada satu forum Bicara Seniman Agung di Universiti Malaya pada tahun 2001. Dalam buku tulisannya yang bertajuk Kisah Hidup Seniman Agung juga ada menyatakan perkara ini.  Musuh-musuh P.Ramlee ini bukan hanya sekadar mengata dan mengutuk P.Ramlee di belakang P.Ramlee sahaja. Malahan mereka juga pernah merancang untuk mencederakan P.Ramlee dengan merosakkan wajahnya. Anggapan mereka apabila rosaknya wajah P.Ramlee dengan sendirinya populariti P.Ramlee akan lenyap. Mereka berpendapat selagi wajah P.Ramlee masih kekal dalam keadaan begitu sampai bila-bila pun nama mereka akan tenggelam dalam dunia filem Melayu. Allah itu maha kaya, niat buruk untuk mencederakan wajah P.Ramlee akhirnya terbongkar. Rahasia komplot itu akhirnya telah sampai ke pengetahuan Jasni Ahmad. Jasni Ahmad adalah suami kepada Neng Yatimah dan bapa kepada Rosyatimah adalah seorang penyanyi piring hitam. Jasni atau lebih dikenali sebagai Wak Jasni adalah seorang yang sangat disegani dan berpengaruh di Singapura. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai ketua samseng di Singapura. Wak Jasni telah menjalankan siasatan akan komplot mencederakan wajah P.Ramlee ini dan telah memberi amaran kepada mereka sekiranya perkara ini berlaku mereka semua akan menerima akibatnya. Oleh kerana golongan musuh P.Ramlee ini segan dan takut dengan Wak Jasni mereka telah membatalkan perancangan mereka itu dan memohon maaf pada P.Ramlee.  Hakikat yang nyata P.Ramlee sememangnya berjaya dan hebat bukan atas usaha beliau seorang. Beliau memerlukan bantuan rakan-rakan beliau yang berkebolehan dalam bidang masing-masing demi kelansungan sesebuah karya. Tetapi P.Ramlee mempunyai satu bakat yang luar biasa anugerah dari Allah yang membuatkan sentuhannya itu menjadi. Dari penulis cerita, penulis skrip, penulis lirik, penggubah lagu, jurugambar, jurukamera, penata cahaya, penolong pengarah dan juga pelakon semuanya memainkan peranan yang besar kepada P.Ramlee.

About