@xpose011: 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐈𝐅𝐎𝐑𝐌 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 Pada 28 Februari 1942, seramai lapan orang pegawai Askar Melayu ditembak mati oleh tentera Jepun berhampiran Bedok Singapura bersama tahanan Perang lain. Selepas kejatuhan Singapura, Askar Melayu yang ditawan Dan ditahan di Farrer Park termasuk pegawai-pagawai Askar Melayu ini diarahkan supaya melucutkan pakaian seragam dan menyertai pasukan Jepun atau pulang ke kampung. Meskipun dipujuk oleh tentera Jepun selama 10 hari termasuk dipujuk oleh Mustapha Hussain , lapan orang pegawai Askar Melayu ini bukan sahaja enggan menanggalkan pakaian seragam tentera tetapi juga pangkat dan lencana yang dipakai. Mereka diarahkan berdiri di tepi parit pertahanan dan ditembak. Mayat mereka di tolak ke dalam parit tersebut dan dibiarkan. Mereka ialah Leftenan Ariffin, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Wahid, Leftenan Abdullah, Kapten Raja Aman Shah (FMSVF), Leftenan Abbas (SSVF), Leftenan Abu Bakar (SSVF) dan Leftenan Osman Kering (SSVF).
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Friday 15 November 2024 03:19:47 GMT
Music
Download
Comments
IkaCumieRealEstate :
Terbaik pejuang Melayu.. pertahan kesetiaan n maruah bangsa!
2024-11-16 15:05:26
1
refflesia05 :
Berbaloi mati dgn semangat patriotik..moga semua roh arwah ditempatkan kalangan syuhada Dan para soleh...Aamiin Ya Rabb
2024-11-15 03:34:07
0
EMPAYAR WANG TEPUS :
semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama org yg beriman
2024-11-15 06:38:52
0
man baker :
Alfatihah untuk kesemua pahlawan.
2024-11-15 07:00:20
0
Mat Lazim :
@empayar wang tepus:semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama org yg beriman
2024-11-16 02:34:49
0
onnad62 :
Setia aşlar melayu Allah $ raja raja melayu Demi bangsa melayu 🫡🫡🫡🫡🫡
2024-11-19 09:47:34
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.