@mycommunitynewssabah: Kesejahteraan dan kebajikan rakyat Sabah. Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM76.29juta bagi dua skim iaitu Skim Bantuan Am yang melibatkan golongan OKU, warga emas, kanak-kanak dan ibu tunggal serta Skim Bantuan Anak Yatim. Sementara itu, RM4.26juta diperuntukkan bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan institusi-institusi kebajikan dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya termasuk pejabat kebajikan. #mcmsabah #mycommunitynews #belanjawansabah2025 #sabah