@sinarharianonline: Rakaman fenomena objek putih terapung jatuh dari langit seperti awan kinton dalam siri anime Dragon Ball menjadi tular di media sosial. Klip berdurasi lebih 60 saat tersebut jelas memaparkan 'awan putih' tersebut turun secara perlahan-lahan ke permukaan tanah di Kabupaten Murung Raya, Kalimantan Tengah di Indonesia pada Jumaat lalu. Ia mengundang pelbagai reaksi warganet yang menggelarnya sebagai fenomena awan jatuh. Bagi meredakan persoalan orang ramai, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) tampil merungkai misteri fenomena tersebut yang ditemui beberapa pekerja di Muara Tuhup. "Ia bukanlah awan semula jadi sebaliknya terhasil daripada kondensasi wap air atau gas berpunca daripada aktiviti manusia di kawasan tersebut," ujar Pengarah Meteorologi Publik BMKG, Andri Ramdhani pada akhir minggu lalu. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Fenomena #Awanputih