@xieanaa: Thai Tea Sandwich Cookies Pernah makan cookies perisa teh? Sedap sangat, korang kena cuba.. Raya pun tak berapa bulan lagi, boleh la korang buat tapi versi yang tak ada cream la.. Sebab apa? sila baca nota diakhir caption ✌🏼 Bahan-bahan untuk cookies : 250 gram butter 375 gram gula perang 2 biji telur 1 1/2 sudu kecil perisa vanilla dari Green House 2 sudu kecil emulco Teh Thai dari @Green House Flavours 400 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu kecil garam 1 cawan biskut coklat - dihancurkan Cara-caranya : -Campur butter dan gula, putar hingga sedikit kembang -Masukkan telur dan perisa vanilla, gaul sebati kemudian masukkan emulco Teh Thai. Putar semua bahan hingga sebati. -Campurkan tepung gandum bersama baking soda dan garam. -Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Gaul sebati. -Akhir sekali masukkan biskut coklat yang telah dihancurkan. -Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing) Bahan- bahan untuk cream : 125 gram butter 125 gram gula ising 1 sudu kecil perisa vanilla dari Green House 4 sudu besar whipping cream Cara-caranya : -Putar butter dan gula ising hingga sebati kemudian masukkan perisa vanilla. Putar lagi. -Masukkan whipping cream dan putar hingga adunan kental. Nota : Masukkan cookies yang telah diletakkan cream kedalam peti sejuk kerana cream akan sedikit lembik jika dibiarkan lama pada suhu bilik dan akan menyebabkan cookies yang diatas tergelincir. Selamat mencuba.. #GreenHouseFlavoursColours #EveryHomeCanBake #BakewithGreenHouseFlavours #sandwichcookies #buttercookies #cookiessandwich #dessert #tehtarik #thaitea #tehthai