@kastammalaysiaofficial: ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—–๐—ข๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—”-๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—œ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก Pelabuhan Klang: Dadah jenis kanabis yang diikrarkan sebagai barang hiasan perkahwinan berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor), baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, dadah berkenaan dikesan oleh Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah kotak kurier di dalam gudang syarikat perkhidmatan kurier di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3 Oktober lalu. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kotak terbabit mengandungi dadah jenis ganja (kanabis) dalam pelbagai bentuk seperti gel, coklat bar dan gula-gula. "Siasatan mendapati, dadah diselitkan di setiap barang lain di dalam bungkusan kurier itu. "Bungkusan itu diikrar tidak benar sebagai barang hiasan perkahwinan dan ia diimport dari negara di benua Amerika. "Siasatan mendapati penerima bungkusan kurier itu beralamat di Kuala Lumpur namun sehingga kini gagal dikesan. "Kuantiti sitaan adalah sebanyak 448 gram dengan nilai dagangan adalah dianggarkan sebanyak RM13,555," katanya dalam sidang media di Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Utara di sini, hari ini. Norlela berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati. #MalaysiaMADANI #CekapTangkasIntegriti #HentikanPenyeludupan #BerjasaPadaNusa #KastamMADANI #Kesejahteraan #HKHM2024 #JiwaMerdeka #Merdeka360 #Kesejahteraan ยฉ๏ธ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

KastamMalaysiaOfficial
KastamMalaysiaOfficial
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 02 December 2024 07:26:40 GMT
727
14
2
0

Music

Download

Comments

jazilah.ar
MommyJ :
๐Ÿ˜ฑ
2024-12-02 10:57:42
0
To see more videos from user @kastammalaysiaofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About