@xpose011: Kekejaman pengganas Komunis di Tanah Melayu tidak mengenal bangsa walaupun majoriti ahli Parti Komunis Malaya adalah orang Cina, terdapat juga orang-orang Cina yang setia kepada kerajaan turut menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis. Dibawah ini coretan peristiwa tragis yang menimpa keluarga Zai VM yang menyaksikan ramai ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas Komunis. Pada suatu hari pihak pengganas komunis dan orang Cina di Bahau meminta beras untuk dibekalkan kepada mereka kerana mendiang menguasai perniagaan komoditi beras.. beliau sebagai individu yang dikenali rapat dengan Tuanku Abdul Rahman ketika itu bertindak berani dengan tidak menghulurkan bantuan kepada pengganas Komunis. Beliau sendiri merupakan seorang yang anti Komunis bahkan bekalan beras tersebut telah diberikan kepada penduduk di perkampungan Melayu sehingga menaikkan kemarahan pengganas Komunis.. Pada suatu malam, ketika sedang menikmati makan malam.. segerombolan pengganas komunis menyerbu masuk ke dalam banglo yang didiami beliau sekeluarga..dengan menyusup menggunakan tali barut dari ahli keluarga beliau sendiri... ketika itu keluarga yang lain sedang menikmati makan malam termasuk anak beliau seramai empat orang dijaga oleh empat orang pengasuh Pengganas komunis bertindak menembak mati keseluruhan ahli keluarga yang sedang makan.. mengikut cerita, seramai sepuluh orang mati di atas meja makan..anak-anak kecil ketika itu berada di dapur..pengganas komunis menembak mereka tetapi pengasuh melindungi dengan menjadikan tubuh badan sendiri sebagai pelindung.. seorang pengasuh telah terbunuh yang dikenali sebagai..encik Ho.. dua orang anak lagi sempat dilarikan masuk ke dalam hutan termasuk nenek yang berada di dapur ketika itu.. Ibu saya merupakan anak yang ketiga dilarikan pengasuh ke rumah orang Melayu.. anak yang keempat terus hilang sehingga ke hari ini.. Ibu saya kemudiannya diberi pada pengikut datuk yang merupakan seorang peniaga emas. Namun ianya berjaya diketahui oleh pengganas komunis dan terus diburu... Keluarga Cina yang menjaga ibu diserahkan kepada keluarga Melayu di Kuala Pilah untuk menyelamatkan ibu .. nenek pula dibawa lari ke klang dan terpaksa hidup di jirat Cina untuk disembunyikan dan hidup tanpa haluan.. Pada tahun 1990 keluarga ini bertemu kembali setelah nenek kembali ke Jelebu..Ibu saya bertemu kembali dengan ibunya setelah terpisah selama 50 tahun.. buku keturunan di bawah ini saya dapat setelah nenek meninggal dunia baru-baru ini. Di dalamnya tercatat susur galur datuk ribuan tahun dari Tanah Besar China sehingga kini.. buku ini diserahkan dari Taiwan oleh pengikut-pengikut datuk saya pada 1998 kepada nenek.. nenek lari dari klang kerana pihak dari Taiwan ingin mengetahui siapa pembunuh datuk dan mencarinya.. hanya nenek sahaja yang mengetahui siapakah tali barut pengganas komunis itu.. demi kebaikan nenek melarikan diri sekali lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.. semoga kisah ini menjadi pengajaran tentang sejarah kekejaman pengganas komunis .

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 04 December 2024 02:55:12 GMT
9214
156
12
19

Music

Download

Comments

arie.jengka.arie
Arie Jengka Arie Jengka :
darah kita semua merah...x kira bangsa...atas sifat kemanusiaan..kluarga cina d pelihara kelurga melayu.. satu malaysia
2024-12-09 07:41:05
10
shamkadyn
Sham 80 :
rmai yg x sedar masih bersengkokol pd harini...ktanya diaorg byk brjsa
2024-12-05 05:13:31
4
muliyadimul046
18 n life :
patriot ni
2024-12-06 09:42:49
2
sipengukirperahu
@Sipengukir perahu#76 :
bagus kalau difilemkan cerita ni memang sedih dan banyak keperitan yg harus ditanggung 😭😭😭
2025-01-13 01:36:37
2
remyvat69
Remy :
😭😭😭😭😭😭😭😭😭 Patut diingati dlm sejarah malaysia.
2024-12-04 04:21:50
1
budak.johor057
@ng@h°🔴🔵 :
ramai sbnr nya kaum majoriti cina yg menentang pemberontakan komunis termasuk lh arwah dato sy..
2024-12-06 03:22:45
1
tisismamashima
meshimashop :
kena ingat sejarah Dr China, politik mereka terbahagi 2, Parti Komunis China (komunisne) dengan parti Nasionalis Kuomintang,ideologi berbeza. Dan bermusuhan. ada penyokong msg2 di TM.sblm merdeka.
2024-12-08 04:34:40
1
abgletopwisma
abgletopwisma :
sepatutnya nenek bagitau siapa yg bunuh datok tu...senang Koamintang pergi kerjakan PKC/PKM
2024-12-16 10:38:12
1
user9750369322861
user9750369322861 :
di filemkan .
2024-12-07 07:00:38
0
zulkiflijamari
zul :
kpn kata cerita perlipur lara
2024-12-07 13:31:59
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About