@jinggo_citizennews: PER: PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PINDAAN & NOTIS LIABILITI KE ATAS AKTA 342 [RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT [PINDAAN] 2024-D.R.32/2024 ["MEMORANDUM BANTAHAN"] [LAMPIRAN AJ DAN PERBANDINGAN DENGAN AKTA SOSMA & ISA [LAMPIRAN B] Daulat Tuanku, Patik dengan penuh takzim menulis warkah ini dengan merujuk kepada perkara di atas dan mewakili anakguam patik yang bersetuju untuk membantah dan menolak kelulusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat pada 14.10.2024 dan Dewan Negara pada 2.11.2024 terhadap Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Pindaan] 2024 [ Pindaan Akta 3427. 2. Untuk pengetahuan Tuanku, Pindaan Akta 342 sebelum ini cuba di bentangkan di parlimen pada 19.12.2021 ketika mana jawatan Perdana Menteri Malaysia di pegang oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri tetapi oleh kerana bantahan rakyat yang amat keras termasuk bantahan pihak ketua pembangkang ketika itu yang di ketuai oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim kerana Pindaan Akta 342 memberi kuasa yang cukup besar kepada Ketua Pengarah Kesihatan dan pegawai-pegawainya tanpa semakan ["no oversight"] dan berpotensi besar membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah termasuk berhubung dengan jumlah kompaun dan penalti yang keterlaluan yang akhirnya Pindaan Akta 342 di gantung atau di tangguhkan pembentangannya. 3. Patik dengan rendah diri ingin menyatakan bahawa semasa Pandemik Covid-19 yang di isytiharkan oleh Badan Kesihatan Dunia atau WHO ["World Health Organisation"] sebagai Darurat Kesihatan, kerajaan ketika itu telah mengikuti sepenuhnya tanpa sebarang penyelidikan, siasatan dan/atau bantahan kepada protokol WHO dan dengan cuai dan salah menggunakan polisi kesihatan Awam secara sewenang-wenangnya, menyalahgunakan Akta 342 ketika menangani Pandemik Covid-19 termasuk "look down" dan pemaksaan kepada Rakyat untuk mengambil eksperimental vaksin Covid 19 dan mendiskriminasi Rakyat yang tiada "vaksin paspot" merupakan satu perlanggaran kepada hak asasi Rakyat yang di jamin oleh Perlembagaan Persekutuan, meruntuhkan institusi Agama dan Keluarga, peningkatan kadar bunuh diri, rasuah & ketirisan dalam menggunakan dana Rakyat & Negara termasuk meruntuhkan ekonomi Rakyat sehingga hari ini. Justeru itu, patik dan anak guam patik amat bimbang kerana Pindaan Akta 342 yang masih cuba untuk di luluskan seolah-olah pihak kerajaan dan wakil-wakil Rakyat lansung tidak peka akan sumpah setia dan jawatan untuk sentiasa melindungi, mempertahankan Hak Asasi & Kesejahteraan Rakyat, Keselamatan dan Kedaulatan Malaysia dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. 4. Maka sembah patik, kami sertakan Memorandum Bantahan & Notis Liabiliti dengan nama-nama anak guam kami [Lampiran A] bagi menunjukkan beberapa seksyen dalam pindaan Akta 342 bersifat drakonian/zalim, wujud perlanggaran kepada Hak Asasi Rakyat termasuk boleh menjejaskan keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan Negara.dan Perbandingan Pindaan Akta 342 dengan SOSMA & ISA [Lampiran B] bagi menunjukkan lebih zalimnya Pindaan Akta 342 daripada Akta Kesalahan Keselamatan [Langkah-Langkah Khas] 2012 [SOSMA"] dan Akta Keselamatan Dalam Negeri ["ISA"]. Ringkasnya, patik dan anak guam patik memohon supaya Pindaan Akta 342 DI TOLAK. 5. Sekian, sembah patik harap di ampun. Dengan penuh hormat dan takzim patik beserta anak guam patik amat yakin payungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Majlis Raja-Raja seluruhnya akan sentiasa memainkan peranan yang penting menjaga Agama Islam, keselamatan, kesejahteraan & kedaulatan Negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa di redhai Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbaal Alamin Sekian patik yang benar, Yang Benar AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA Peguambela & Peguamcara. BC/A/765 Bagi Tetuan RAZAK IBRAHIM & CO #taskforcerakyat #ydpa #bantahpindaanakta342 #doaqunutnazilah #ahmadzuflizfaiza #mohamadzainuddinabubakar #toqqi #masridzisat
minaq jinggo
Region: MY
Wednesday 11 December 2024 01:49:56 GMT
Music
Download
Comments
tina hilton :
SAY NO TO AKTA 342..STOP
2024-12-13 10:07:08
1
Rosselle :
Hancur Malaysia Skrg ni, Sedihhhh
2024-12-11 13:57:30
1
𝕶𝖍𝖎𝖗𝖚𝖑𝖆𝖟𝖒𝖆𝖓76 :
MONEY IS KING
2024-12-28 10:52:21
0
Selvi65 :
wow super
2024-12-11 08:51:04
1
pirumat ris bonsai vlog :
up
2024-12-26 07:29:54
0
Agentztarz :
repost guys
2024-12-14 08:29:06
0
sauvacii :
Its not an easy job. To get out from WHO, its going to be a huge impact to Malaysia’s healthcare. Need to take account on meds supply, machines and etc. its all related.
2024-12-13 08:46:32
0
Delima Sakti :
Support bro
2024-12-25 06:37:04
0
cthajjarbhagia :
🤲🤲🤲🤲 amin
2024-12-13 09:25:07
0
sangserbahitam82 :
Saya sokong bantah akta 342 yg mengaruttt ni..!! JOM BANTAH!!
2024-12-11 03:25:18
561
mohamadjohn :
akta 342 yg membunuh rakyat secara senyap,saya turut membantah akta 342 ni,
2024-12-11 03:36:55
473
SIS OLALA ✌️ :
betul sgt siapa masih tk sedar permainan kerajaan silap bnyk hidupnya..
lepas ni dipaksa vaksin pun sy tkn ambil lagi..kesan sampingan vaksin dulu pun sy tak maafkan kerajaan membuat sy sakit..
2024-12-11 05:30:52
84
ellerose2121 :
Akta 342 membolehkan rakyat dijadikan tikus makmal untuk apa jua vaksin dan ubat ubatan yg masih dalam peringkat ujikaji, jika penyakit berjangkit/plandemik diistiharkan kelak. Malaysia kan dah dipilih untuk ujikaji ubat ubatan dan vaksin percubaan. Kenapa pemimpin dan menteri2 setuju dan buat bodoh tentang bahayanya akta 342 ini kpd nyawa rakyat? Sesiapa yg terlibat meluluskan akta ini, kenalah disiasat secara terperinci. Hanya sekadar pandangan.
2024-12-11 06:24:56
114
ZamShah :
Rakyat tlg rakyat skrg ni!!! Teruskan amal qunut nazilah!!!
2024-12-11 07:16:40
269
KAKLONGHANIZ(KAK NOR) :
kenapaa dgn kerajaan sekarang..kerajaan ni nak hapuskan rakyat secara senyap..masalahnya rakyat B40 yg jadi mangsa..😡😡😡
2024-12-11 03:01:50
147
olazz strong :
Kenapa kerajaan memandai luluskan akta ni tanpa persetujuan rakyat? rakyat x terima akta 342 ni..
2024-12-11 20:23:04
154
johnsishak :
raja2 kat Malaysia ni mane nak ambik berat pasal rakyat...
2024-12-11 03:51:56
176
KJmuo :
rakyat kena bangun now..
indication kepada raja...
2024-12-11 02:31:33
110
Di_Renji :
Seluruh rakyat malaysia wajib buat qunut nazilah dan seluruh masjid dan surau2.. juga termasuk di sekolah2…
2024-12-11 04:57:22
106
ssseee456 :
Betul tu.. Diorang ckp vaksin tu OK.. Sbb keuntungan diorang dpt.. Ni la fakta dia
2024-12-11 03:16:46
101
ZamCharm :
Kenapalah pembesar² negara kita ni senyappppp je.. adehhhh!!
2024-12-11 05:07:36
39
TOK KEY 🔒🔑🇲🇾 :
Saman bapak vacin kj tu 👍
2024-12-11 04:59:09
23
To see more videos from user @jinggo_citizennews, please go to the Tikwm
homepage.