@norizantiey: Isteri minta tolong sekejap, banyak alasan. Orang lain panggil lepak sekejap. Sampai pagi pun tidak apa. Isteri bawa jalan sekejap, macam2 alasan. Orang lain bawa jalan sekejap, hujung dunia pun sampai. Isteri cakap itu ini, macam2 jawapan. Orang lain hasut itu ini, yang tidak masuk akal pun percaya bulat2. Tapi… Bila sakit, isteri orang pertama yang tengok kita. Bila ada masalah, isteri orang pertama yang tolong kita. Jadi kenapa dahulukan orang lain diluar sana? Sedangkan isteri dirumah lagi memerlukan kita. Kenapa perlu dengar nasihat orang lain diluar, sedangkan nasihat isteri itu selalu yang terbaik untuk kita. Selain ibu bapa, isteri juga lebih mengenali kita dari orang lain diluar sana. Baik buruk kita isteri yang tahu, tiada dapat kita sembunyikan dari isteri. Sama orang lain mungkin kita boleh berpura2, tapi dengan isteri tidak. Sebab semua tentang kita dorang tahu. Kita simpan rahsia macam mana pun, sampai masa dorang tahu juga. Dengarlah apa pun dari nasihat isteri sendiri, sebab semua itu untuk kebaikan suami dia sendiri, isteri mana yang tidak mahu tengok suami dia berjaya kan. Semoga jadi panduan kita bersama dan bermanfaat untuk semua. Semua orang pernah buat silap, tapi bukan alasan untuk tidak mahu jadi lebih baik kan. Ingatlah duit boleh dicari, kawan sering berganti. Tapi isteri yang baik hati tidak datang dua kali.🙏🏻🤍
꧁💎₩₳₩₳₮łɆ💍 ꧂
Region: MY
Wednesday 11 December 2024 07:55:08 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @norizantiey, please go to the Tikwm
homepage.