@beritaalhijrah114: Meremang melihat kebangkitan rakyat Syria! Ini merupakan situasi rakyat Syria memenuhi Masjid Umayyah yang bersejarah di Kota Lama Damsyik, bagi menunaikan solat Jumaat yang pertama selepas kejatuhan Bashar al-Assad. Lebih memarakkan lagi semangat rakyat Syria, khatib yang menyampaikan khutbah adalah Perdana Menteri sementara Syria, Mohammed al-Bashir.