@tv.sabahofficial: Barrynicker Gary Bernard, 34 berasal dari daerah Papar, Sabah kini aktif sebagai pereka pakaian , menyulam sulaman siling tradisi KDMR, dan paling utama, menghasilkan Siga – salah satu simbol budaya kaum Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR). "Dulu saya melihat di luar sana, cuma beberapa orang sahaja yang pandai membuat Siga. Saya melihat cara pembuatan mereka dan bertanya kepada individu berpengalaman seperti saudara Adam Gontusan, Bruno George, dan Bobby Idzhar. Tidak terlintas difikiran sebenarnya untuk membuat ini sebagai perniagaan. Sebenarnya, kesemua ‘business’ ini saya lakukan sebagai hobi sahaja ataupun sambilan. Sebab minat yang mendalam dengan tradisi. Tapi tidak sangka pula banyak permintaan," kata Barrynicker. Antara kejayaan paling besar Barrynicker ialah ketika beliau diberi kepercayaan untuk menghasilkan Siga sebagai cenderahati buat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa jelajah Kembara Kenali Borneo pada 7 September 2023. "Ketika itu, saya sangat terkejut dan seakan-akan tidak percaya. Dan pada masa yang sama, saya sangat gembira kerana bukan mudah ataupun peluang ini tidak akan datang semula, terutama sekali diberi kepercayaan untuk mereka kraftangan Siga ini kepada Raja Negara kita," jelas Barrynicker penuh semangat. Selain itu, selang beberapa bulan selepas itu, Barrynicker turut dihubungi oleh pengerusi Mr Kaamatan Sabah untuk menghasilkan Siga Kejuaraan Buvazoi Tavantang Sabah 2024. Tidak itu sahaja, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga menghubungi beliau untuk menerbitkan satu dokumentari bertajuk “Yoku Om Siga”. "Saya tidak sangka ini semua terjadi, tetapi rencana Tuhan itu indah dan saya sangat-sangat bersyukur dengan semua ini. Saya percaya ini adalah berkat sokongan dan doa-doa orang sekeliling saya yang menyokong saya," tambahnya lagi. Barrynicker berkongsi bahawa sokongan terbesar dalam perjalanannya adalah daripada rakan karibnya, Bruno George, yang mendorong beliau untuk mencuba sesuatu yang baru dan memanfaatkan kebolehan yang dimilikinya. Sokongan tidak ternilai juga datang daripada ibunya, Pn Precia Lajium, yang tidak pernah menghalang minat Barrynicker dalam mendalami seni tradisi ini. "Beliau banyak menginspirasikan saya untuk belajar seni sulaman," kata Barrynicker. "Saya pernah ditanya, ‘kenapa buat kerja wanita?’. Ya lah, kan biasa yang menjahit dan menyulam ini adalah stigma kerja wanita. Bagi saya, tidak. Kita bebas berangan dan bebas untuk memilih untuk lakukan selagi ianya memberi manfaat kepada orang sekeliling. Jangan berhenti untuk belajar dan apa-apa yang kita minat sebenarnya boleh menjadi sumber pendapatan kita walaupun kita tidak merancang untuk jadikan perniagaan," katanya. Tambah beliau, minat yang mendalam dan usaha yang berterusan pasti akan dihargai. "Lakukan yang terbaik walaupun tiada yang melihat. Pasti ada satu masa, anda akan dihargai ataupun orang lain akan melihat usaha dan hasil kita," pesannya penuh inspirasi. Barrynicker Gary Bernard adalah contoh inspirasi anak muda Sabah yang berjaya mengangkat seni tradisi ke tahap lebih tinggi. Dengan usaha gigih dan minat mendalam, beliau bukan sahaja memelihara budaya KDMR, tetapi turut membawa seni pembuatan Siga ke pentas kebangsaan dan antarabangsa. #tvsabah #tvsabahofficial #mediadibawahbayu #mediadibawahbayu #fyp #sabahantiktokers #sabahancrew_fams #fyppppppppppppppppppppppp #fypage

TV Sabah
TV Sabah
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 17 December 2024 10:13:50 GMT
1661
66
1
2

Music

Download

Comments

chrisvivianvi
chrisvivianvi :
🥰🥰
2025-01-07 00:20:24
0
To see more videos from user @tv.sabahofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About