@a_sanusi_h: HAUQALAH - DOA PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT Zikir Hauqalah لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله La Hawla Wala Quwwata illa Billah Kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya "Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah." Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga. Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah s.a.w, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.” Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Imam Ahmad) Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah s.a.w bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.” Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh dan kemudahan dalam kehidupan. #hauqalah #hawqalah #lahaulawalaquwwataillabillah #doa #zikir #munajat #tawakkal #Sunnah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi #MusnadAhmad #Islam #Muslim #Islamic #Islamik #jannah #syurga #paradise

Ahmad Sanusi Husain (Malaysia)
Ahmad Sanusi Husain (Malaysia)
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 18 December 2024 10:54:53 GMT
738
68
1
6

Music

Download

Comments

ariyani.sifa
Ariyani Sifa :
Amiinn Ya Allah 🤲🤲🙏❤️❤️❤️
2024-12-18 11:03:52
0
To see more videos from user @a_sanusi_h, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About