@semsensi41: Sรณ morango ๐Ÿ“#freefire #viral_video

semsensi
semsensi
Open In TikTok:
Region: BR
Wednesday 18 December 2024 20:12:21 GMT
721
65
7
1

Music

Download

Comments

fastzinn.ofc
๐‘ญ๐‘จ๐‘บ๐‘ป๐’๐‘ฐ๐‘ต๐‘ต ๐’Œ๐’Œ๐’‹!๐Ÿ’Ž :
me passa o xit por favor
2024-12-18 22:01:39
1
_sb_santos
santosโ€  :
joga muito
2024-12-18 21:25:03
1
To see more videos from user @semsensi41, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

๐—ฃ๐—  ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—™, ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan latihan dalam kalangan penjawat awam diperluaskan kepada kakitangan pelbagai peringkat, khususnya membabitkan pegawai muda bermula tahun ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sanggup berbelanja dalam menyediakan peruntukan tambahan bagi memastikan penjawat awam berkenaan menjalani latihan sewajarnya.
๐—ฃ๐—  ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—™, ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan latihan dalam kalangan penjawat awam diperluaskan kepada kakitangan pelbagai peringkat, khususnya membabitkan pegawai muda bermula tahun ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sanggup berbelanja dalam menyediakan peruntukan tambahan bagi memastikan penjawat awam berkenaan menjalani latihan sewajarnya. "Ruang untuk memberi latihan dan peluang kepada penjawat awam terutamanya dalam kalangan muda, harus diberikan sepenuhnya... dari segi kecekapan, dari segi AI (kecerdasan buatan), digital dan perubahan tenaga kerana saya mahu dalam masa beberapa tahun, keupayaan kita mengatasi keupayaan konsultan (luar) yang ada. "Sekiranya diberikan latihan tambahan dan saya sudah minta kalau perlu RM100 juta, RM200 juta (peruntukan) tambahan hanya untuk memberikan latihan intensif," katanya. Disyorkan * Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. Anwar berkata, latihan yang bakal dijalani tidak semestinya sekadar di institut akademik dalam negara, malah di luar negara termasuk di pusat pengajian swasta atau pusat kecemerlangan mana-mana syarikat. "Saya mahu mulai tahun ini, dalam kalangan penjawat awam yang muda itu diberikan pendedahan yang maksimum supaya dalam satu ke dua tahun, kita akan dapat lahirkan barisan penjawat awam yang bukan sahaja dapat menyelami hasrat sepenuhnya MADANI, tetapi mempunyai latihan yang lebih cekap dan saya mahu latihan ini menyeluruh kepada semua peringkat. "Sama ada peringkat juruteknik, pertanian dan peringkat teknikal yang rendah, semuanya diberikan peluang lebih baik sehingga saya mahu penjawat awam dan perkhidmatan awam di negara ini menjadi contoh perkhidmatan yang terbaik dalam kalangan negara berkembang, apa lagi di negara Islam," katanya. Beliau berkata, prestasi penjawat awam yang cekap mendapat perhatian negara luar seperti Peru dan Mesir apabila kedua-dua negara itu menzahirkan untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam beberapa aspek. "Di Peru baru-baru ini, Presiden Peru (Dina Ercilia Boluarte Zegarra) menyatakan beliau mahu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beliau melihat begitu kencang, hebat dalam beberapa tindakan yang diambil. "Di Mesir, terdapat permintaan daripada Presiden (Abdel Fattah El-Sisi) supaya hubungan dan kerjasama dengan perkhidmatan awam itu ditingkatkan kerana beliau mengikuti perkembangan dan melihat cara dan kaedah pentadbiran di negara kita," katanya

About