@abg.siasat.aa: GEORGETOWN: Seorang anggota polis berpangkat Koperal direman lima hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai meminta suapan RM80,000 kononnya bagi membantu membebaskan suami seorang wanita yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Perintah reman dikeluarkan Majistret Azlan Basri terhadap suspek berusia 40-an itu bermula hari ini sehingga 23 Disember. Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pekarangan mahkamah dalam keadaan tangan bergari menaiki kenderaan SPRM jam 8.40 pagi dan kemudiannya diiringi meninggalkan mahkamah jam 9.45 pagi. Terdahulu, sumber SPRM Pulau Pinang, berkata pihaknya menahan seorang anggota penguat kuasa kerana dipercayai meminta rasuah kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah SOSMA. Katanya, suspek disyaki menghubungi isteri lelaki itu melalui panggilan telefon pada 30 November lalu bertujuan meminta wang sebagai balasan mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA. "Suspek meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita itu yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-dompet membabitkan nilai kira-kira RM3,000. "Isnin lalu, suspek sekali lagi menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai," katanya wanita itu menyerahkan wang kira-kira RM1,000 kepada suspek dalam pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua, kira-kira jam 2 petang semalam sebelum dia ditahan. Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
abg siasat aa
Region: MY
Thursday 19 December 2024 03:01:58 GMT
Music
Download
Comments
teh tarik kaw2 ice :
SOSMA tu pe?
2024-12-19 05:07:45
22
SeaGhost-|| :
Deyyyy type ape tu?🤣
2024-12-19 06:48:40
23
Dik Bee Hagemaru😜 :
berkait peguat.kuasa smua kne pantau..semak aset smua..BYK kerja gelab bile ada kuasa ny... InshaAllah SPRM bole kaya..try
2025-05-07 10:03:27
0
arabellairis :
benda nie dh lama xjadi, pasai aku pun pernah kena pau Sbb tu berani shakapppp 😂
2024-12-19 07:51:49
23
Sicario981 :
mcmana la ko boleh percaya sorang koperal boleh lepaskan tahanan sosma...😂
2024-12-20 02:23:10
121
winstar2266 :
skrg sama² blh ddk dgn tahanan sosma
2024-12-19 10:21:32
258
vkyrajsumlock :
Level koperal pun 80k ka
2024-12-19 06:25:24
164
Mohd Hasraf :
pengkhianat negara...
2024-12-19 03:55:18
350
ᅠᅠ⠀᠌ᅠᅠ :
takkan 80k sorang mesti bedak sama rata🤣🤣mana lgi
2024-12-19 04:49:01
111
Mr MiN :
Yg bg kena tangkap tk😁
2024-12-19 22:54:36
0
Hafizul Asswad :
Mesti atasan pon mkn jgak.. Sebelum ney projek jadi
2024-12-19 05:09:37
52
Cva1609 :
mungkin yang minta lain yang mangsa lain kot takan koperal minta suapan 80k agak2 la lagu pun dah macha2 dah
2024-12-19 06:38:35
27
SweetieMiss apple :
Ni masalah 2pihak satu buat hal satu lagi ambil
2024-12-19 07:28:39
8
JemariNakal :
pasal to aku suka layan filem tamil..polis dlam to ada jahat ada baik😅..layan wooo
2024-12-19 07:56:39
7
Ravin@27 :
I boleh clear PTPTn🤣
2024-12-19 13:27:09
3
Akatsuki Din :
wooooo koperal ja?job2 m40 cmni slalu Jen ada skali..
2024-12-19 13:54:51
1
syeanmokhtar77 :
Level KOPERAL lpskan tahanan SOSMA ..Last kena game dia yg masuk SOSMA.
2024-12-22 04:11:11
17
Tokkie repo :
baru koperal dah hebat power dia boleh lepas kes sosma
2024-12-21 01:17:29
1
Ahmad Nurudin Amran :
anggota bawahan je ke... peg mana... peg2... bawahan ni kalau kau betul ke salah..kau tetap salah..
2024-12-24 14:42:19
1
haziq :
eleh2 dia main cak2 pulak hahaha🤣🤣🤣
2024-12-19 12:55:33
2
Moonwalker :
Biasa la kan mintak tu klu tak mana aboleh family dia makan koli Kari wei
2024-12-19 07:30:05
2
Hari Mau Hujan Lebat :
Kena game dah.haha
2024-12-19 06:31:32
12
Mr.Jan :
yeattheeyy mama..sakitlah sosma tu..koyak kota raya
2024-12-19 05:52:42
8
aruncaiaruncai :
80k tinggi Oo...pangkat koperal ja jgn pegang duit banyak sangat...🤣🤣🤣
2024-12-19 07:00:33
6
LelehPatnam46 :
tu baru bawahan mnta rm80k. atasan x thu lah dia mintak brapa
2024-12-19 06:40:22
4
To see more videos from user @abg.siasat.aa, please go to the Tikwm
homepage.