@leaving_the_nest: Travel ke negara yang nilai matawang hampir sama macam Malaysia ni memang puas hati. Negara macam Republik Czech, Poland, Romania, dan Hungary bukan setakat cantik, tapi negara-negara ni tak buat poket kita kering! 🙈 Perjalanan ke banyak negara macam ni memang seronok sebab kitorang dapat nikmati lebih banyak pengalaman tanpa habiskan banyak duit. Nak rancang perjalanan pun mudah bila guna laman web @Rome2Rio kita boleh dapat semua info pengangkutan dalam satu tempat. Kalau ada pilihan bas yang murah atau kereta api yang cepat, #Rome2Rio akan senaraikan semua pengangkutan yang ada untuk kita buat pilihan. Mudah sangat! Korang ada destinasi bajet mesra poket yang korang suka? Kalau ada, boleh kongsikan dekat komen supaya kita sama-sama dapat bertukar info 🤗