@suaramadani_official: 3 tahun lalu, Aman Shah membuka mulut mengenai jenayah dilakukannya. Menurut bekas eksekutif terbabit, dia tidak pernah mencuri duit 1 sen tersebut. Dia mengaku dipenjara selama 3 tahun 3 bulan atas kesalahan yang dilakukan namun bukan mencuri 1 sen. Menerusi temubual bersama Mingguan Malaysia, Aman mendakwa sesetengah sistem perbankan di negara kita terlalu banyak kelemahan sehingga boleh dipintas oleh penggodam. Tambahnya lagi, dia mendapati bahawa sistem keselamatan bank yang diguna pakai masih terdapat kelemahan dan menyebut kesilapan utamanya berpunca dari penjimatan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima. Kredit : Mingguan Malaysia #jutawan1sen #AmanShah #MinggianMalaysia #suaramadani #fypシ゚viral #fypシ゚ #fypage