@sabah_info: POSTER provokasi berbentuk hinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang baharu hasil lukisan seorang pereka grafik dan aktivis politik dari Semenanjung Malaysia sudah ditampal di Kota Kinabalu, Sabah. 🔷 Gambar kiriman pembaca menunjukkan poster tersebut ditampal berdekatan Wisma Kebudayaan SGM, tersembunyi dari kawasan tumpuan dan jalan utama. 🔷 Terdahulu, tindakan Fahmi Reza bergambar dengan poster tersebut di depan bangunan Maybank Jalan Pantai pagi ini menimbulkan kekecohan dan ramai menganggap tindakan itu terlalu ekstrim di Sabah. 🔶 "Suatu penghinaan terhadap orang Sabah. Walaupun kita tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tetapi jangan lah bawa budaya-budaya yang tidak baik untuk pecahbelahkan masyarakat dan kaum di Sabah dengan budaya tidak menghormati orang," tulis Azly di ruangan komen gambar yang tular. 🔷 Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara pada 17 Disember lalu.