@mutiarahati.my: Rasulullah SAW bersabda :“Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya”.(Riwayat al-Bukhari, 2387) Setiap hutang adalah amanah. Bayarlah hutang kerana ianya dapat membersihkan rezeki dan keberkatan hidup. Ingat, melangsaikan hutang bukan sahaja menyelamatkan kehidupan dunia, malah memelihara akhirat kita.