@dr.sitihasifah: Orang yang berpendapatan RM1,500 sentiasa akan rasa orang yang berpendapatan RM10,000 lebih kaya. Orang yang berpendapatan RM10,000 sentiasa akan rasa orang yang berpendapatan RM50,000 lebih kaya. Secara matematiknya, siapa yang bergaji besar tentulah dia lebih kaya. Tetapi formula kaya itu ialah Tabungan + Harta - Hutang. Bermakna untuk membina kekayaan, anda perlu ada tabungan yang banyak, kumpul harta dan langsaikan hutang. Kekayaan bukannya bergantung kepada berapa besar gaji seseorang, tetapi berapa lama dia boleh bertahan tanpa gaji. Dan jika anda rasa cukup berat untuk membina tabungan sekarang, bermakna anda perlu fikir bagaimana kaedah untuk anda tambahkan pendapatan supaya ada duit lebihan untuk simpanan. Pakar Kewangan Wang Tuan Azizi Ali berkata, “Kemahiran yang penting perlu ada sekarang adalah Multiple Stream of Income (MSI). Kita sudah tidak boleh bergantung pada satu punca pendapatan sahaja, perlu belajar untuk dapatkan income kedua, ketiga dan seterusnya” Dan pada masa yang sama, bina tabungan walaupun sedikit. Anda boleh bermula dengan tabung RM1 kemudian cuba alihkan sebahagian pendapatan untuk tabung jangka pendek seperti tabung raya dan tabung sekolah anak. Dan keajaiban akan mula berlaku apabila anda mula konsisten menabung. Jangan letakkan alasan dan mula bertindak. Semoga perkongsian saya memberi manfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas. #publicgold #emas #goldbar #dinar #persaraan #simpanan
Dr Siti | Public Gold
Region: MY
Sunday 29 December 2024 06:53:12 GMT
Music
Download
Comments
Abg Jenggo's :
good
2025-01-26 05:19:00
1
Azmaya66 :
👍 nice good info..
2025-01-04 04:16:08
1
mrtay :
follow 🥰🥰🥰🥰🥰
2025-01-05 03:22:17
0
Nurul syameer :
Sye kais pagi mkn pgi kais ptg mkn ptg...tp dh rase syukur...sbb cukup🥰🥰🥰🥰🥰
2024-12-30 08:29:33
11
GerobokCantik by CikguTiqa :
ada org gaji makin besar dia makin suka buat hutang..nk moto besar nk KEte besar..anak kalah dgn org..org kata hutang bayar dulu bila naik gaji.😂
2024-12-30 08:32:45
6
FARIS :
tak boleh download la akak
2025-02-06 11:09:04
1
Hades Vladimir :
Maaf saya terpaksa follow Dr. Sebab content menarik dan suara syok dengar sambil dapat ilmu.
2025-02-04 04:08:28
1
To see more videos from user @dr.sitihasifah, please go to the Tikwm
homepage.