@cinamoi889: Ziarah ke Jabal Uhud merupakan sunnah Rasulullah SAW melawat pusara para Syuhada kerana kasih Nabi kepada para Syuhada, terutamanya bapa saudara baginda Saidina Hamzah yang gugur dalam peperangan Uhud. Jika ingin melihat bukit yang ada di Syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, "Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di Syurga". (HR Bukhari) Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa mengerjakan Solat Jenazah, maka ganjaran pahalanya sebesar Bukit Uhud". Diriwayatkan oleh Tsauban r.a #Ziarah #Umrah #Haji #JabalUhud #PerangUhud #Travel #Sejarah #History #Madinah #ArabSaudi