@aatvmedia: Nambikkai Malaysia Seru Rakyat “Kenang Budi” turun ke himpunan Solidariti untuk Datuk Sri Najib Razak 6 Januari 2025 depan. KUALA LUMPUR, 31 Disember 2024 – Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr. Kalaivanar, mengajak rakyat Malaysia untuk menyatakan solidariti terhadap Datuk Sri Najib Razak dalam satu himpunan besar-besaran di Putrajaya pada 6 Januari 2025 depan. Beliau menekankan pentingnya mengenang jasa dan sumbangan Najib sepanjang memimpin negara, sambil mengkritik kerajaan semasa yang didakwa gagal membawa perubahan nyata kepada rakyat. “Kita mahu rakyat mengingati jasa Najib. Ketika beliau menerajui kerajaan, rakyat hidup bebas dan lumayan. Program seperti BRIM dan UTC adalah idea beliau yang masih memberi manfaat sehingga kini,” kata Dr. Kalaivanar ketika ditemu bual. Beliau turut menegaskan bahawa Najib adalah pemimpin berjiwa rakyat yang telah mengabdikan dirinya demi kesejahteraan negara. Nambikkai Malaysia akan menghantar dua buah bas untuk menyertai perhimpunan tersebut, manakala UMNO pula menghantar sebanyak lebih daripada 100 buah bas dan PAS pula menghantar 100 buah bas. Perhimpunan itu dirancang sebagai simbol sokongan terhadap Datuk Sri Najib Razak, sambil memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong mengenai addendum yang dianggap penting oleh Dato Dr. Kalaivanar. “Titah Agong adalah mutlak. Tetapi kini, kerajaan semasa dipimpin oleh pihak yang takut untuk bersuara dan berdepan kebenaran. Mereka gentar terhadap bayang-bayang sendiri dan tidak menghormati titah ini,” tambahnya sambil mengkritik parti pemerintah yang didakwa hanya memikirkan kepentingan politik mereka. Dr. Kalaivanar turut menjawab kritikan netizen yang mendakwa NGO seperti Nambikkai menunggang isu Najib untuk kepentingan tertentu. “NGO yang menyokong Najib bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi kerana mereka melihat kebajikan rakyat semakin terabai. Tarif elektrik meningkat, harga barang naik, tetapi rakyat tetap dipinggirkan,” katanya. Beliau juga menyuarakan rasa kecewa terhadap pemimpin politik, termasuk dari UMNO, yang menurutnya tidak lantang mempertahankan Najib. “Ramai yang hidup mewah kerana Najib, tetapi sekarang memilih untuk berdiam diri. Ketika rakyat turun menyokong Anwar dahulu, ahli Keadilan bersatu padu. Tetapi kini, hanya segelintir UMNO yang berani bersuara,” katanya. Dr. Kalaivanar menyeru semua pihak untuk hadir pada 6 Januari ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Najib. Beliau yakin kehadiran rakyat secara besar-besaran akan memberi isyarat jelas kepada kerajaan bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan ini. #datodrkalaivanar #nambikkaimalaysia #solidaritinajibrazak #himpunan #putrajaya #6januari #bossku #addendum #tahananrumah #1mdb #tanore #zalim #phzalim #justice4najibrazak #TeamNajibRazak #WeStandBYyou #setiaitumahal #pendakwaanpolitik #tahananpolitik #ipic #najibrazak #1mdb #mahkamah #src #keadilannajibrazak #BarisanNasional #UMNO #umnomalaysia #umnosebuahperjuangan #politik #beritaviral #trendingnewsmalaysia #politiksemasa #KOL #influencer

AIZAT ASHRAF
AIZAT ASHRAF
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 31 December 2024 11:53:38 GMT
172963
12136
262
2149

Music

Download

Comments

arisdto
arisdto :
good job😁
2024-12-31 13:46:08
9
tairizo2
Camicamia2 :
saya org pas memang kenang jasa Najib
2024-12-31 17:03:20
410
izanpotong6
Izan@Ijan :
Apa boleh buat saya di sabah, kalau saya duduk semenanjung saya juga akan turut serta dalam himpunan solidariti Datuk seri Najib Razak@Bossku.
2024-12-31 14:09:55
331
fairel.mk
Fairel MK :
BN PAS PN bersatu blik
2025-01-01 06:48:17
151
shamraiyn
Sham Raiyn :
Dulu kedai satu malaysia,klinik satu malaysia...bnyk membantu golongan yg kurang kemampuan...
2025-01-01 07:07:19
121
hari.533
Hari..533 :
Beri DSNR menerajui kerajaan memang terbaikk👍👍👍
2024-12-31 16:56:20
162
faezlinda
Faez Linda :
DSNR TERBAIK
2024-12-31 13:52:12
167
mohddaini6
mohddaini :
ya banyak budi bosku.
2024-12-31 17:35:57
58
husainimat
husainimat :
rakyat sayangkan BOSSKU DSNR ❤️
2024-12-31 20:26:12
66
.zali_yusuf
.zali_yusuf :
Dsnr PM yg terbaik utk rakyat dan Negara
2024-12-31 15:59:53
131
kami.johor
kami johor :
btul tu..igt jsa2 dsnr 1malaysia buat kami bgga..👍👍👍
2024-12-31 13:57:50
61
user1413718676973
user1413718676973 :
Betul dato Dr kala cakap memang benar terbaik untuk rakyat Malaysia
2024-12-31 17:31:42
109
830mali
830mali/// :
betul tu datok... najib pemimpin yg terbaik
2024-12-31 23:10:07
69
diellailadiel3
diellailashop :
Semoga DSNR di bebaskn secepat yg mungkin AAMIIN
2024-12-31 19:37:04
22
ziahaziz4
ziahaziz4 :
terbaik
2024-12-31 12:59:38
20
hatimbmaharan
hatimbmaharan :
insyaallah Aamin BOSKU terbaik 🥰🥰
2024-12-31 21:57:44
34
some1967
Ahmad Albab :
sokong dsnr dibebaskan Dan sokong umno dan bn
2025-01-01 10:26:25
7
user5962429565040
kontot :
moga2 dipermudahkan urusannya untuk bosku🥰
2024-12-31 15:28:15
33
khir657
khir :
Terbaik dan pandangan yang jelas dari YBhg Dato Dr. Kalaivanar. Pemimpin sebeginilah yang dikehendaki rakyat.
2025-01-01 15:46:59
22
fatimahmohdyusoff
fatimah mohd yusoff :
Betul. Klinik 1 Malaysia buka malam2 x sesak hospital 😭😭
2025-01-02 01:27:11
18
salmahsulaiman6
salmahsulaiman152 :
Terbaik Dato Dr Kalaiyanar
2025-01-02 01:17:04
18
sulimah.salamon
Sulimah Salamon :
saya sokong datuk Najib dan doakan dari jauh
2024-12-31 22:20:51
24
abdul.malik375
Abdul Malik :
susah sangat ka nak kata..Ada atau x ada itu aja...😏😏😏😏😏😏
2024-12-31 13:55:02
23
w480n
Sharil Sharil916 :
hidup DSNR
2024-12-31 13:19:59
23
musa.salatan
Musa @salatan :
tahniah datuk...
2024-12-31 14:02:47
22
To see more videos from user @aatvmedia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About