@shahrizalredwan: “Jangan Putus Asa Bila Mata Anak Jadi Juling Bila Penat—Kisah Medina Buktikan Masih Ada Harapan!” Ini kisah tentang Nur Medinah Jannah. Berumur 8 tahun, datang dari Bandar Baharu, Kedah. Sebenarnya, mak dia dah perasan mata Medina mula lari sejak umur 4 tahun. Tapi masa tu, tak ketara sangat. Bila masuk umur 7 tahun, Medina mula jadi ulat buku—pantang nampak buku, mesti baca. Masa ni, baru jelas nampak mata dia lari, terutamanya bila dia penat atau termenung. Mak dia pelik sebab Medina tak pernah mengadu sakit kepala atau kata tak nampak jelas. Tapi ada satu tabiat yang mak dia perasan—bila tengok telefon, Medina suka tengok dekat sangat. Katanya, kalau tak dekat, skrin nampak kabur. Datang untuk Pemeriksaan Mata Medina datang ke praktis Vision Therapy saya pada September 2024. Saya periksa mata dia dan dapati dia tak ada masalah rabun yang teruk. Rabun biasa-biasa saja. Tapi, bila saya uji fokus mata dan kawalan dua mata (Eye Teaming), saya dapati ada masalah besar. Medinah ada intermittent exotropia—mata kiri dia selalu lari keluar bila cuba fokus lama. Bila saya uji lebih lanjut, saya nampak masalah ni jadi lebih ketara bila dia penat atau stres. Saya terus berikan dia cermin mata dengan rawatan khas—ada tambahan ‘prism’ untuk bantu kawal mata. Saya tak bagi kuasa tinggi pun (sebab ada teknik kawal mata dengan bagi power pebih extra - saya tak suka teknik ni) sebab tak nak otak dia terlalu bergantung pada cermin mata. Fokus saya adalah untuk latih semula kawalan mata dia dengan cermin dan terapi. Perubahan Ketara Selepas Dua Bulan. Pada bulan November, Medinah datang balik. Dia pakai cermin mata tu sepanjang masa. Mak dia kata, Medina dah makin selesa. Paling ketara—mata dia dah jarang lari, dan bila tengok telefon, dia tak perlu rapat sangat macam dulu. Brightness skrin pun dah boleh rendahkan. Yang buat mak dia lebih lega—result peperiksaan Medinah melonjak naik. Sebelum ni, dapat 80% ke atas, tapi sekarang semua subjek skor 90% ke atas. Semangat Medina untuk Terapi. Hari ni, 14 Januari 2025, Medina datang khas untuk terapi. Yang menarik, mak dia hampir lupa temujanji, tapi Medina sendiri ingatkan. Katanya, “Mata Medina kena baik!” Saya mulakan sesi terapi dengan menguji mata Medina tanpa cermin mata rawatan. Kali ni, dia dah boleh kawal mata lebih baik berbanding dulu. Kalau dulu, mata terus lari keluar, sekarang dia tahu bila mata dia mula lari dan macam mana nak tarik balik untuk kekalkan fokus. Rahsia Kejayaan Medina. Mak dia sendiri tak sangka perubahan Medina begitu cepat. Biasanya, rawatan macam ni ambil masa 6–7 bulan untuk nampak hasil, tapi Medinah cuma perlukan 3–4 bulan. Apa yang saya tekankan—rawatan untuk masalah mata macam ni bukan macam ubat semata-mata. Ia adalah latihan kemahiran, macam atlet kena pakai kasut sukan yang betul untuk berlari. Cermin mata Medinah berfungsi macam alat bantu untuk latih otak dan mata supaya boleh bekerjasama semula. Bila otak dah belajar guna dua mata dengan betul, barulah hasilnya kekal. Pengajaran dari Kisah Medina. Ramai ibu bapa ingat, bila mata anak mula juling bila penat, itu perkara biasa. Tunggu dan lihat. Tunggu saja sampai temujanji seterusnya dengan pakar, tanpa perlu buat apa-apa cara alternatif. Hakikatnya, masa adalah kunci utama untuk bantu anak-anak macam Medinah. Kalau dirawat awal, masalah macam ni boleh dibalikkan sebelum jadi kekal. Tapi kalau dibiarkan, ia mungkin akan terus kekal sampai dewasa. Medinah adalah bukti bahawa mata yang bermasalah boleh diperbaiki. Tapi, usaha kena bermula dengan cepat—pemeriksaan, rawatan khas, dan latihan berterusan. Jadi, kalau anak anda ada tanda-tanda juling, cepat-cepat buat pemeriksaan. Jangan tunggu sampai terlambat. #optometrist #juling #lazyeye

Optometrist Rizal
Optometrist Rizal
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 04 January 2025 04:45:51 GMT
13137
178
7
26

Music

Download

Comments

caca.944
caca :
dok mata suami saya juling, udah 1 bulan, karna habis demam tinggi, gmna ya dok biar cepet pulih
2025-01-04 04:49:58
1
gabanpower81
AMN235 :
Saya ni dah puluh tahun rasanya mata x bapa nk center.. Tp bukan kekal.. Ada masa2nya.. X da ka rawatan atau spec boleh bantu??
2025-01-04 19:17:59
0
ichakopa206
ichakopa206 :
mata saya juling parah dok apakah bisa penyembuhan dri rumah
2025-02-05 07:27:01
0
To see more videos from user @shahrizalredwan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About