@astronews1: Lee Zii Jia sah terlepas 2 lagi kejohanan bulan ini iaitu saingan badminton Terbuka India dan Masters Indonesia. Ini kerana perseorangan lelaki negara itu masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan ligamen buku lali yang dialaminya ketika Jelajah Dunia Akhir BWF, bulan lalu. Terdahulu, Zii Jia umum tarik diri daripada Terbuka Malaysia yang buka tirainya hari ini. #AstroRadioNews