@baddiesndime.s: : roxy.ltn #fyp

Baddiesndime.s
Baddiesndime.s
Open In TikTok:
Region: PH
Friday 10 January 2025 12:26:25 GMT
2375
19
2
0

Music

Download

Comments

bussnbb
𝓔𝓵𝓵𝓲𝓮 :
ughhh her makeup is on point😫😫🔥
2025-01-10 14:50:39
0
antu_an1476.112
«★ANTUAN★» :
hermano esta muy exagerado el joyerio no?
2025-02-01 19:47:21
0
To see more videos from user @baddiesndime.s, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

#RakyatMalaysia dari mana-mana #kaum yang #mempersoal atau #mempertikaikan #perkara153dalamperlembagaanmalaysia 153 #Malaysia yang #mengiktiraf #kedudukan dan #hakistimewa #orang #Melayu dan #Bumiputera adalah #butasejarah dan tidak memahami #Perlembagaan kata #pakarsejarah #professor #Emeritus #TanSri #Doktor #KhooKayKim Beliau berkata #kedudukan #orangMelayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman #penjajahanBritish lagi.
#RakyatMalaysia dari mana-mana #kaum yang #mempersoal atau #mempertikaikan #perkara153dalamperlembagaanmalaysia 153 #Malaysia yang #mengiktiraf #kedudukan dan #hakistimewa #orang #Melayu dan #Bumiputera adalah #butasejarah dan tidak memahami #Perlembagaan kata #pakarsejarah #professor #Emeritus #TanSri #Doktor #KhooKayKim Beliau berkata #kedudukan #orangMelayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman #penjajahanBritish lagi. "Bila #British sampai ke #TanahMelayu mereka dapati terdapat beberapa tempat di #Semenanjung sudah mempunyai #kerajaan dan mereka #mengiktiraf kerajaan tersebut. "Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur. Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948. "Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya. Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut. "Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya. Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya. Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. "Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya. #mohonfahamdanhadam

About