@mycommunitynewssabah: AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BERMULA 13 JANUARI 2025 📌 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari 2025. 📌 Agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025 manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025. 📌 Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. 📌 Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6. 📌 Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut: (a) Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau (b) pengkreditan ke akaun bank murid; atau (c) pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025). 📌 Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang. #mcnsabah #communitynews #bantuanawalpersekolahan #BAP #kementerianpendidikan #sabah