@shafiquecute_official: Sekadar perkongsian sahaja tau... Semasa pemeriksaan baby cute 1 tahun 6 bulan, Doktor Klinik kesihatan bagitahu yang baby cute ada masalah telur yang tak masuk kantung. Telur tak masuk kantung? Mummy & daddy cute blur sekejap dan tak mengerti maksud doktor tersebut. Doktor tersebut tunjuk kepada kepada sambil picit-picit la tempat berkenaan dan terangkan kepada kami. Kami tetap tak dapat nak bayangkan apa yang doktor terangkan dan hanya mengangguk faham je lah kan. Acah-acah faham. Doktor kata, kalau tak okey juga ni, kena buat pembedahan. Bila dengar je pembedahan, seriau la kami ni dengar Dan bertambah risau. Doktor terus mengeluarkan surat rujukkan untuk kami membuat temujanji dengan Doktor Pakar Surgical Paediatric untuk pemeriksaan lanjut terhadap Baby Cute. Balik je dari Klinik Kesihatan terus daddy cute google berkenaan telur tak masuk kantung ni... Nama nya adalah "Undescended Testes" atau telur testis belum turun bermaksud buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir. Ada banyak faktor sebenarnya kenapa ini boleh terjadi. Faktor uatama adalah masalah hormon dan masalah struktur anatomi. Lagi banyak membaca, lagi banyak tanda tanya yang tak terjawab. So, kami buat keputusan lebih baik jumpa pakar dan dengar sendiri daripada mulut pakar. Kami pun ke PPUM dan set the appointment. Kami berdua amik cuti dan ke PPUM bawa baby cute pada hari temu janji. Selepas Pakar Surgical Paediatric checking semua, beliau mengesahkan baby cute normal dan tiada undecesdant testes tu. Mungkin semasa doktor Klinik kesihatan periksa, time tu ada berlaku reflex, kadang-kadang telur tu naik turun bagi baby... Bila semakin dewasa testes akan berat, dan stay dalam kantung. Retractile testes – Ini adalah suatu keadaan di mana buah testis sudah pun sampai ke kantung skrotum tetapi seringkali kedudukan testis itu adalah di luar skrotum dan biasanya dapat dirasa. Ini sebenarnya adalah normal, dan tidak memerlukan rawatan. Testis tertarik ke atas oleh otot yang mengecut semasa berlaku suatu refleks mungkin berlaku ketika suhun badan baby sejuk atau panas. #familycute #foryourpage #viral #trending #fyp #shafiquecute_official
Mohd Shafiq
Region: MY
Wednesday 15 January 2025 01:16:49 GMT
Music
Download
Comments
Master Ternak :
Sakit tu
2025-01-15 01:28:29
1
mawarku :
Assalamualaikum.. insyaallah ok tuu nanti. cucu saya pun macam tuuu Alhamdulillah dah ok ..dah sihat tuu
2025-01-15 04:33:24
1
jeni80 :
semoga di prmudahkn🙏
2025-01-15 01:37:27
1
missyiyiyi :
masa anak cik bru dilahirkan mmg terus detect ke atau masa tu tak detect lg/okay normal?
2025-01-15 20:06:01
0
sap :
😁
2025-01-20 05:25:33
0
Linda. :
🥰🥰🥰
2025-01-15 05:06:16
1
Nur Shazila86 :
🥰🥰
2025-02-06 09:35:39
0
To see more videos from user @shafiquecute_official, please go to the Tikwm
homepage.