@501awani: Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, ditahan pada Rabu, menurut kenyataan agensi antirasuah yang menyiasat tindakan beliau melaksanakan undang-undang tentera pada 3 Disember lepas. Sebuah konvoi dilihat meninggalkan pintu pagar kediaman Yoon di kawasan berbukit, tempat beliau bersembunyi selama beberapa minggu. Sebelum itu, lebih daripada 3,000 anggota polis dan penyiasat antirasuah berkumpul di situ seawal subuh, merempuh kumpulan penyokong Yoon dan ahli Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memprotes usaha untuk menahannya. #AWANInews