@yulisita069:

user6504193675557
user6504193675557
Open In TikTok:
Region: PE
Wednesday 15 January 2025 16:22:44 GMT
7614
1039
0
24

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @yulisita069, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Hari ini 120 tahun yang lalu, berlian paling besar di dunia ditemukan di Afrika Selatan.  Permata luar biasa berwarna jernih putih kebiruan itu seberat 3,106-karat (0.62kg), berukuran sekitar 10.1 cm panjang & 6.35 cm lebar, menjadikannya berlian belum dipotong yang terbesar pernah ditemukan setakat ini.  Ia ditemukan di Premier Mine dekat Pretoria di Transvaal, sebuah wilayah jajahan British ketika itu oleh penyelia lombong, Frederick G.S. Wells. Ia diberi nama Berlian Cullinan, sempena Thomas Cullinan, pengerusi syarikat perlombongan tersebut. Ia dihantar ke London pada 1905 untuk mencari pembeli yang sesuai. Sebuah kapal berkawalan keselamatan tinggi digunakan untuk membawa berlian palsu sebagai umpan, sementara yang asli hanya dihantar melalui pos.  Namun tiada yang sudi, akhirnya pada 1907 Kerajaan Transvaal membelinya pada harga £150,000 untuk dihadiahkan kepada Raja Edward VII sempena hari keputeraannya yang ke-66, dalam memulihkan hubungan Britain-Afrika Selatan pasca Perang Boer II. Edward mengupah Joseph Asscher, tukang permata dari Amsterdam yang memotong berlian masyhur Excelsior seberat 971-karat ditemukan pada 1893, untuk memotong berlian Cullinan itu. Asscher mengambil masa 6 bulan untuk mengkajinya sebelum dipotong.  Percubaan pertamanya gagal apabila pemotong besi yang digunakan patah tanpa sebarang kesan pada berlian itu. Berlian itu terbelah sepertimana dimahukan pada percubaan kedua & Asscher dikatakan pengsan sejurus itu, letih akibat gemuruh terlampau.  Berlian Cullinan kemudian dipotong kepada 9 bahagian besar & 100 butiran kecil. Potongan paling besar dipanggil “Cullinan I” atau “Star of Africa I” seberat 530-karat, dijadikan perhiasan utama pada Tongkat Diraja Kedaulatan British.  Sementara potongan ke-2 terbesar, “Cullinan II” atau “Star of Africa II” yang seberat 317-karat pula ditatah pada Mahkota Empayar British. *Gambar memaparkan Thomas Cullinan memegang berlian besar itu tidak lama selepas ia ditemukan. Sumber: World History Encyclopedia, History #PeristiwaHariIni

About