@ofterkini_: Mula2 elok je bentang sejadah solat kat tepi. Ehh dia boleh toleh bapa dia pulakk😂 Baca artikel di bawah👇 Gelagat anak-anak yang sedang membesar kadang kala menghiburkan hati termasuklah sewaktu ikut solat di sebelah ibu atau bapa. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TT dikenali sebagai deknah. solehah yang memuat naik momen gelagat anak lelakinya yang masih kecil mengikuti suaminya solat secara berjemaah. Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan secara tiba-tiba mendongak sewaktu bapanya sedang rukuk sebelum menyanyi lagu yang sering didengar dalam filem popular, Squid Games. Dengan wajah yang polos serta ceria, tindakan comelnya itu membuatkan bapanya gagal menahan diri dari tersenyum dan menyelesaikan tawanya selepas terbatal dari solat yang dikerjakan. Walau bagaimanapun, pengguna TT tersebut memberitahu bahawa anaknya sudah diberi amaran dan hukuman kerana bermain ketika sedang beribadah. Dia juga menjelaskan yang suaminya kembali menunaikan solat selepas selesai ‘menguruskan’ keletah anak lelakinya itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyatakan terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut. Mereka juga tidak sangka bahawa kanak-kanak itu boleh terfikir menyanyikan lagu Squid Games sambil memicit hidung bapanya yang sedang rukuk. Momen-momen seperti ini sememangnya sangat mahal dan akan dikenang oleh ibu bapa apabila anak-anak sudah dewasa nanti. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada orang tua apabila sudah besar kelak. 🎥deknah.solehah #squidgame #kanakkanak

Oh! Terkini
Oh! Terkini
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 16 January 2025 11:11:40 GMT
1851739
97965
1282
33107

Music

Download

Comments

john.slay69
ÇhลmPลทtลht :
hanger mana hanger
2025-01-16 11:20:08
413
mohammad.nur.azma
mohammad nur azman :
good actor👍
2025-01-17 07:53:33
1
noraidahkassim585
noraidahkassim585 :
so cuteee😂
2025-01-17 07:56:31
1
meowww6758
Meowww :
[sticker]
2025-01-16 20:19:09
4
__piya8
D A H L I A 🌸 :
Ni lg mencabar dr bisikan syaiton 😂😂
2025-01-16 17:20:00
10531
nihati7878
rin :
ank sy sumbat wisel masa sy solat. selagi sy x tiup, selagi tula di menangis 😌
2025-01-16 16:06:31
3240
markonahsantiago
MarkonahSantiago :
Bagus ayah solat senyum🤣🤣🤣
2025-01-16 11:34:57
5480
mrsmiors
Mrs Miors :
😂😂😂 Allahu... kuat betol iman bapak mu ye anak.. hahaha...boleh lak dia nyanyi lagu squid game tu 🤣
2025-01-16 22:57:11
2698
To see more videos from user @ofterkini_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About