@xpose011: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ Kisah yang ingin diceritakan adalah berkenaan dengan seorang anggota tentera tanah air kita negara Malaysia yang mana beliau merupakan seorang perwira yang berasal dari Pantai Remis, Perak. Tersimpan sebuah kisah yang amat baik untuk didendangkan kepada seluruh anak bangsa supaya menjadi ikutan atas keberanian beliau dalam mempertahankan negara yang dicintai. Beliau Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid yang mana beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977 atas satu kisah pertempuran dengan pengganas komunis. Keberanian Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dalam pertempuran dengan pengganas komunis tidak dapat dinafikan lagi apabila dengan beraninya bertempur serta menyaksikan enam pengganas komunis dibunuh. Malang sekali, Mejar Zainal Abdul Rashid turut terkorban dalam pertempuran tersebut. Kisahnya pertempuran Operasi Gubir II tersebut berlaku pada 15 Julai 1976 di Gubir, Kedah apabila Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid bersama-sama dengan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan pengganas komunis seramai 15 orang setelah mengekori pergerakan mereka beberapa hari sebelumnya. Sewaktu bertempur dan berjaya menumbangkan dua orang pengganas komunis dengan tembakan rambang, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid terus meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya tidak gentar untuk terus berjuang. Dalam masa yang sama juga, seorang pengganas komunis wanita yang cedera membaling sebutir bom tangan dan telah mencederakan Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi telah membakar semangat juang anggota-anggotanya yang lain untuk menggempur musuh. Akhirnya, mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Apa yang menyedihkan, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid turut gugur dalam pertempuran tersebut. Setahun kemudian, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Monday 20 January 2025 01:42:43 GMT
Music
Download
Comments
Si Fakir Hisyam :
Ayah saya dr 17 RAMD terlibat dalam operasi tersebut.Kapten nya kudung kaki terkena periuk api dan ayah saya tekena serpihan bom.
Semoga semua pejuang tanah air mendapat rahmat dan ganjaran dari Nya.
2025-01-20 02:18:25
10
31dot35k :
ada baca kisah dr kawan2 dia,arwah byk brzikir masa operasi tu.smpi saat akhir masih brzikir
2025-01-20 11:13:33
2
Syed sandokan :
saya tak dapat tidur selama hampir 1 bulan lebih pasai ngeri tengok kecederaan mayat pengganas komunis2 tu, saya masih ingat seorang wartawan suruh seorang rakan saya untuk pegang kepala komunis
2025-01-22 16:14:38
1
Syed sandokan :
saya masih ingat lagi insiden ini,waktu itu tahun 1976 helicopter nuri membawa semua mayat2 komunis yg mati itu ke sg petani,dan saya sendiri melihat mayat2 pengganas2 komunis tu
2025-01-22 16:10:27
0
Md :
biar Putin tulang Jangan putih Mata.kata2keramat dari tok n bapa Kami yg Di panggil melayu
2025-02-02 01:49:57
0
JR :
kerajaan bubuh la nama Allahyarham disekolah, jalan utama atau Dewan Di Pantai Remis.Al Fatihah
2025-02-17 16:41:41
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.