@rafiziramli: Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek di Kedah. Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini. Kerajaan Kedah minta pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park atau KHTP. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah. Masalahnya setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan. Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan Kerajaan Persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula. Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan. Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan Kerajaan Persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman. Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu. Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca je ataupun itu projek swasta bukan projek saya. Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu. #rafizi #rafiziramli #kedah #kementerianekonomi #DUNKedah #KulimHiTech #madani #kerajaanperpaduan

Rafizi
Rafizi
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 22 January 2025 04:20:35 GMT
341993
22305
2600
2109

Music

Download

Comments

stanleysani
Uncle Jomblo 🥂 :
Your explanation is clear 👍🏻👍🏻
2025-01-22 08:09:49
10
chewsaiaee
Everlyn :
Our government is too lenient. False news spread over TikTok should be investigated and action should be taken.
2025-02-19 19:44:24
1
lim29606
lim :
You are right YB.
2025-01-24 13:14:08
0
abuzainy.ismail
abuzainy ismail :
Well said YB
2025-01-22 05:48:41
3
for.yb.yang.bodoh
For YB Yang Bodoh :
👍Well said
2025-01-22 05:39:50
1
dj.jocky
Dj.Jocky :
clear..✌ explanation..✌
2025-02-09 16:54:42
0
kamarulanuar1401
Uncle Koi @ K.A :
spin
2025-01-25 04:20:15
0
hariharan.kaliape
Hariharan Kaliaperumal :
Well said sir. what hapoen to RM195 juta since projek not start.
2025-01-25 04:08:25
0
illaqalila
illaQalila :
YB RR Geniius and Profesional Leader 👍👍👍
2025-01-24 02:28:49
0
zuljazulkefle
zuljazulkefle :
spin
2025-01-26 09:53:37
0
awang260270
ALI.PUTERA :
YB Rafizi.. Jgn bg pinjam kpd ngri pembangkang. Merugikan ngra saja. Biar mreka cari duit dgn SG4.
2025-01-22 05:09:13
737
mamuthelegend
Mamu The Legend :
ingatkan Hilman ni cerdik, rupanya memang betul kata DSA, siapa masuk PAS jadi Auto Bodoh
2025-01-22 04:30:22
786
ckgbina
CKG Bina :
nak mundur pilih PAS
2025-01-22 05:11:49
1062
azmyothman09
AzmyOthman09 :
teruk sangat kedah sekarang ni. tak pandai pengurusan, tak pandai buat kerja...salahkan orang lain...teruk teruk
2025-01-22 04:59:13
906
user6051383091286
Abdullah :
fumula ketimbang...byk pusing U
2025-01-22 04:33:14
51
arizrazak
Ariz Insyirah :
Nyesal undi PN🥺
2025-01-22 06:18:51
424
azamjsh
azamjsh :
masalahnya dato’ sri… ramai yg ambek sumber tiktok & terus percaya.. lps tu bila di bg penjelasan jwpan… kata spin pulak…😠
2025-01-22 04:32:04
575
pak.tam.herry
Pak Tam Herry :
hilman malu dgn rafizi
2025-01-22 05:10:20
594
ketrastafari
mat_shakir :
pas ni bagi apa pun lingkup
2025-01-22 05:15:52
508
pewaris_constructionn
pewaris_construction :
aku lbih percayakn prof...
2025-01-22 05:47:06
27
dinsaarudin
dinsaarudin :
boleh Caya ke cakap geng ketimbang...
2025-01-22 07:35:53
50
rafideim
Rafidei Mohamad :
hahaha.... "saya tukang baca ja"😂
2025-01-22 04:35:09
457
dikwanglunasian
impian tercapai :
LRA di Sungai limau kawasan aku..masih tak berjalan sejak bulan 7..alamat raya ini akan kekal kekurangan air seperti tahun tahun sebelum ini
2025-01-22 05:02:46
247
mimiazwan
Princess Mimi :
nk mundur dlm berfikir pilih PAS
2025-01-22 05:46:24
404
30474428305
user403984 :
bila ada tanah...apa lagi spin dia ntah.
2025-01-22 04:51:14
9
To see more videos from user @rafiziramli, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About