@dzuriasikimdzulkefli: TANDA SUAMI TIDAK SAYANG ISTERI 1. MENUNJUKKAN RASA TIDAK SAYANG DENGAN KETARA Agar isteri tahu bahawa sayangnya sudah berkurang. Menjadi seorang yang tidak lagi mencintai mu tetapi juga tidak mahu kehilangan mu… 1. KURANG KOMUNIKASI atau tidak lagi menelefon atau kurang membalas mesej. Atau lambat membalas mesej. Padahal telefonnya sering bersama. (Kecuali jika keadaan tidak mengizinkan atau tidak ada liputan). 2. KURANG MENGUTAMAKAN KAMU atau waktu bersama mu. Sentiasa ada orang atau hal yang lebih utama selain dari mu. Dia tidak keberatan untuk meninggalkan kamu ketika bersama. Kamu sentiasa menjadi perkara “secondary” baginya. Membuatkan kamu sering harus berkorban. Dan baginya, kamu harus faham tentang itu. 3. KURANG KEMESRAAN fizikal atau emosi. Tidak lagi mahu segera memegang tangan mu. Tidak lagi mahu bermesra. Tidak ada lagi sentuhan seperti waktu bercinta dulu. 4. TIDAK MINAT dengan cerita-cerita mu. Bahkan sering menukar topik. Seringkali juga tidak membaca mesej mu. Tidak membuka gambar atau video yang kamu kongsi. Semuanya menjadi tidak menarik lagi baginya. 5. MULA MENGKRITIK meletakkan kesalahan ke atas mu termasuk apabila diminta kepastian. Menganggap kamu ketinggalan zaman, tidak berfikiran terbuka, suka mengongkong, tidak moden, bahkan bodoh… 6. TIDAK BERMINAT UNTUK BERKOMPROMI. Sering menukar topik perbincangan dari mencari jalan keluar atau perdamaian. Berasa tidak selesa. Berusaha untuk pergi jauh dari mu. Kadang meninggalkan kamu dalam seribu persoalan yang tidak selesai. Membuatkan kamu tidur malam dalam airmata membasahi bantal. 7. TIDAK JUJUR. Banyak menyembunyikan perkara dari pengetahuan mu. Banyak berahsia. Tidak lagi berminat untuk berkongsi. 8. MUDAH MARAH termasuk untuk hal-hal kecil. Sering pura-pura tidak dengar. 9. MULA BERKERAS. Meninggikan suara. Mahu kamu berhenti bercakap atau berhenti bertanya. 10. HILANG RASA HORMAT terhadap isteri. 11. KURANG MEMUJUK. 12. TIDAK PUNYA SEBARANG RASA CEMBURU. Ke mana kamu mahu pergi. Dengan siapa. Dia tidak pernah bertanya bahkan tidak berminat untuk ambil tahu. 13. ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Mengatakan rasa sayang dan cinta namun tindakannya semakin kurang memberi perhatian. Tidak menunjukkan rasa sayang. Tidak rindu. Kurang bercakap. Kurang bergurau. Kurang waktu bersama. 14. MUDAH TERTARIK DENGAN WANITA LAIN. Berminat untuk bertukar nombor dengan wanita lain. Berhubung dengan wanita lain. Memberi panggilan istimewa kepada wanita lain. Dan menganggap itu adalah perkara biasa. 15. MEMBERI PENJELASAN YANG TIDAK KONSISTEN dan sering tidak bercakap benar. Hingga membuatkan isteri berasa rendah diri seolah diperlakukan seperti anak kecil yang mudah dibohongi. 16. MENERIMA MESEJ ATAU PANGGILAN yang mencurigakan. Mula membuat temujanji dengan wanita lain secara sembunyi. 17. MELETAKKAN KATA LALUAN pada telefon bimbit. Menyimpan banyak mesej dan gambar rahsia di telefon bimbit. Mula bertukar gambar dengan wanita lain. Dan ianya dianggap normal. 18. MEMBIARKAN kamu mengurus hal rumahtangga seorang diri. Membeli barang dapur dan keperluan anak-anak. Tidak mengambil berat tentang perbelanjaan keluarga. Tidak ambil tahu tentang sakit demam mu dan anak-anak. 19. MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB termasuk bagi hal membetulkan barangan atau keperluan di rumah. Paip air, pintu rosak, pendingin udara rosak, gas habis, bekalan letrik atau air terputus, segalanya harus diuruskan sendiri. Baca lebih banyak perkongsian dari saya di Secret Group dan Group Aku Wanita Matang. Baca di ruang komen cara untuk menjadi ahli. #foryou #fyp #fypシ #foryoupage #LearnOnTikTok #Love #viraltiktok #life #nikah #viral #tiktok #selflove #wanita #wanitakuat #marriage #trustallah #tiktokindonesia
DZURIASIKIM DZULKEFLI
Region: MY
Thursday 23 January 2025 12:40:27 GMT
Music
Download
Comments
seri :
keep strong
2025-01-25 06:10:00
1
Lin 74 :
dulu dia yg beria.. bila dah terima .. begitu dia layan kita😭😭😭
2025-01-24 08:34:15
13
😊saYanG kuCinG😊 :
🙂..nmpk semua nie dgn dia..semoga ALLAH bg sy kekuatan utk bertahan demi anak2..sakit sedih..tp kena happy utk anak2..🙂🙂..
2025-01-28 05:26:37
9
Bilis Sira Rangup by Cik Pia :
sedang mengalami...sakit xblh nk ckp cmna..Allah tempat mengadu
2025-01-24 08:43:18
8
wanita yg tersakiti :
begini sifat suami ,Sya Sudah X peduli dan ambil tahu
2025-01-28 06:15:48
7
ynx ♡ ̆̈ :
sedang berdamai dgn takdir.
2025-01-24 09:30:25
8
🌼🐝 :
moga sentiasa kuat till end of life..
2025-01-28 00:46:22
2
cikyah :
18,19, 10,8,7..sedang lalui.. 😭😭
2025-01-24 13:34:20
1
DEWI :
😭😭😭 dah tertutup rapat hati ni namun ku teruskan jua demi kasih sayang buatmu berdua wahai puteri2 ku
2025-02-02 14:40:55
2
@aniey :
hadir
2025-02-01 10:31:03
1
Nur Cahaya Imani ❤️🌼 :
baru faham😔😔😔dia dah lepaskan saya...hanya anak peneman hidup
2025-01-31 01:13:24
2
Cikabum bum bum :
Sebenarnya ini yg ku alami dan malangnya kenyataan ini merujuk kpd sikap seorang isteri terhadap suami...bkn sikap suami terhadap isteri.
2025-01-31 15:38:47
1
LOVE STORY ❤️ :
Allah teramat sakit
2025-01-31 10:34:52
1
Syikin Nasir :
Byk ciri2 tu so kita jgn mengalah terus kehadapan terus kuat jgn toleh ke belakang. Semoga diberi kesihatan yg sihat utk kuat demi anak2
2025-01-28 23:23:10
2
The Real Surihati Mr Pilot :
Suami yg baik itu satu rezeki dari Allah dan yg tidak adalah ujian yg mengangkat darjat si isteri. Semoga istiqamah
2025-01-26 16:56:06
3
fiza. :
ade bbrape dlm list sdg dilalui..x tau la smpai ble leh sabr😪
2025-01-28 11:53:04
1
🎀Mummy BilaL🎀 :
berdamai dgn takdir..
2025-01-27 19:46:51
1
SNF :
1st bahagia kan diri sndiri..kedua jgn bhenti mintak dengan Allah untuk lembut kan hati suami.dekat kan diri dgan Allah,insyaAllah..suami akan sentisa dekat dgan kita..
2025-01-24 12:37:34
4
wan fariha :
tgh lalui .dh 5 tahun xpernah rasa di hargai
2025-01-26 10:27:34
1
Akhmashope :
Tepat sekali 👍🏻
2025-01-24 00:10:34
2
mira'k :
yee sy dah alami terlalu percaya dan betul memang tak sangka sekejurp jee pinjaman itu kini Alhamdulilah kuat syukur masih diberi kesempatan bersama anak dan bakal dilahirkan..InsyaAllah ada hikmah🤲
2025-01-23 19:23:45
2
Malina Signature :
Aaaa.. taknakkk.. tak sanggup hilang rasa suami.. aaaa semoga Allah jg hati suami utk aku dan anak2..😭
2025-01-24 14:01:45
1
bunga :
bahagiakan Dr sendri 🥰
2025-01-24 10:46:09
1
MARYAM MURNI :
Ini utk semua manusia. Kalau org dah menyampah kat kita mmg gini la perangainya. Cepat2 atur starategi. Kalau dia boleh menyampah kat kita, kita pun 10 kali boleh menyaampah kat dia
2025-01-25 10:15:44
3
Manisan Cik Ann :
🥺🥺🥺
xpe la..Allah Ade..dia tahu ape yg kita mampu
2025-02-02 18:48:32
1
To see more videos from user @dzuriasikimdzulkefli, please go to the Tikwm
homepage.