@mbpp_official: Tindakan Perobohan Struktur Perniagaan Kendalian Warga Asing Di Siar Kaki Pada 15 Januari 2025, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan dan Perobohan Struktur Binaan Tanpa Kebenaran di Kawasan Barat Daya. Operasi Bersepadu ini melibatkan para pegawai dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti. Turut menyertai operasi ini adalah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA). Sebelas (11) buah struktur binaan tanpa kebenaran telah dirobohkan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengadakan kawalan keselamatan dan lalulintas di kawasa sekitar tiga (3) lokasi berbeza dalam operasi perobohan ini. Manakala pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeriksa dan melaksanakan pemotongan bekalan elektrik. Bagi pemeriksaan saluran bekalan air pula telah dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA). Tindakan perobohan ini merupakan tindakan tegas Majlis Bandaraya Pulau Pinang terhadap isu perniagaan yang dijalankan oleh warga asing dan tidak berlesen serta struktur binaan tanpa kebenaran atas siar kaki/gegili awam yang mengakibatkan halangan kepada laluan pejalan kaki dan lalulintas. Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan meneruskan tindakan tegas penguatkuasaan perobohan ke atas semua struktur-struktur binaan tanpa kebenaran yang menjadi bukan sahaja memberikan imej negatif kepada persekitaran, malah mengganggu lalu lintas, utiliti awam dan menjejaskan kebersihan serta keselamatan kepada para penduduk di kawasan sekitar. “Memimpin Sambil Berkhidmat” #mbpp #bandarmesrausia #agefriendlycity #penguatkuasaanmbpp #operasibersepadu #perobohanstrukturharam #baratdaya #jabatanpelesenan #JabatanPenguatkuasaan #jabatanperkhidmatanperbandaran #jabatankejuruteraan #jabatanpengurusankorporatdankomuniti
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Region: MY
Friday 24 January 2025 08:08:16 GMT
Music
Download
Comments
ramli61_ :
terbaik MBPP
2025-01-29 02:48:44
1
user303993037006 :
S
2025-01-24 09:15:00
0
elfi :
tempat C ...cam mn
2025-01-24 10:13:42
1
Roger Goh :
this is what's we called enforcement mbpp syabas bravo Penang boleh
2025-01-24 14:50:48
4
Dawlat Alaska :
terbaikkkk
2025-01-24 12:07:45
2
SATRIA-APACHE :
kalau boleh MBPP ambillah tindakan kepada warga asing yg telah bertahun2 meniaga.kadang saya kesian tengok peniaga warga tempatan sll di ambil tindakan😓
2025-01-29 08:30:11
0
Amirputra94 :
kedai warga asing dalam flat hamba sg2,kedai tepi jalan taman ton sardon ,Dan kedai n bukit jambuk
2025-01-27 21:43:00
0
Paduka Aussh ✩🦋🐉 :
kalau betul warga asing tu elok lah sebab rakyat tempatan meniaga ada lesen kena bayar cukai depa meniaga xdak lesen pakai lesen nama rakyat tempatan dan xbayaq cukai
2025-01-27 17:28:50
0
Alphonse :
👏👏👏👏👏
2025-01-29 04:09:51
0
Urtheboi :
👍
2025-01-27 03:16:19
0
Bobprada74 :
👍👍👍👍👍👍👍
2025-01-26 06:57:23
0
frankie :
👍👍👍
2025-01-24 11:37:05
0
one :
MBSP bila nak buat kerja?? Bersepah di seluruh Seberang Perai. Datuk Bandar SPerai patut turun padang.
2025-01-27 02:39:15
0
Orca :
Saya nak kutip papan² yg dirobohkan ni boleh ka? Nak guna utk kegunaan DIY gardening. 😁
2025-01-30 00:13:35
0
To see more videos from user @mbpp_official, please go to the Tikwm
homepage.