@nah_datul: KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 Kerasulan Baginda SAW bersamaan tahun 621M. Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW dan Saidatina Khadijah, isteri kesayangan Baginda SAW. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita. 🔵 Israk : Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin. 🔵 Mikraj : Perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq dengan hanya satu malam sahaja bermula dari Masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid al-Aqsa (Palestin) seterusnya ke langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT , lalu Rasulullah SAW meminta keringanan atas cadangan Nabi Musa As sehingga menjadi 5 waktu. Sumber: Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal #israk #mikraj #israkmikraj #perjalanan #rasulullah #nabimuhammad #muhammad #peristiwa #foryoupage #fyp #foryou #fypシ