@syamsuldebatofficial: Assalamualaikum WBT Terima kasih buat semua yang hadir. Ahli keluarga, sahabat handai, yang telah sama sama berusaha membantu perjalanan akhir adik saya, Syamsul Hafiz Hj Ismail pada 21 Januari 2025. Kami sekalian ahli keluarga redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan Dia. Bukanlah suatu yang mudah bagi kami semua (ahli keluarga) namun itulah yang terbaik. Merelakan pemergiannya dan meredhakan dengan memikirkan Allah menyediakan tempat yang terbaik buat diri Nya. Kami lima beradik. Dan Hafiz adalah anak yang ketiga. Cukup disenangi. Mudah didekati. Seorang yang mudah ketawa dan menjadi kawan / sahabat yang boleh diajak berbincang. Beliau juga seorang adik yang baik. Sentiasa memikirkan kegembiraan semua ahli keluarganya. Anak yang baik yang sentiasa menggembirakan Mak. Bertanggungjawab dan sangat mengambil berat. Beliau bermastautin di Bagan Serai, Perak.... dan banyak bekerjasama dengan Bapa Saudara saya iaitu Hj Rosli Rais (Pak Tam). Pak Tam semenjak selesai beliau menamatkan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan di UiTM Permatang Pauh. Rapat beliau dengan Pak Tam dan malahan menjadi pekerja contoh dan teladan baik dari segi time managementnya, komunikasi baik dengan client dan sahabat sahabat, amanah, jujur dan sangat bertimbangrasa. Rajin bersedekah, istiqamah berjemaah di Masjid... Sebagai seorang Abang sulung tentu sahaja saya sangat merasainya. Dulu kami berlima (beradik). Syamsul Amri (saya), Syamsul Fadzly, Syamsul Hafiz, Syamira Hafiza dan Syamsul Hafizi.. tetapi kini kami tinggal berempat sahaja... namun kami keluarga berazam akan terus berbakti dan menjaga amanah kebajikan isteri dan anak anak Arwah. Ini tidak akan kami abaikan, insya Allah. Beliau sangat rapat. Malahan kami sentiasa berbincang bersama segenap hal, berkaitan permasalahan kerja, keluarga, isu semasa.. dan kami semua beradik termasuk Arwah.. merupakan penyokong setia Kelab Liverpool bukannya baru baru ini.. tetapi semenjak kami kecil lagi. Pemergian Hafiz yang kami adik beradik panggil Bang Lang, anak anak panggil Pak Lang.. sudah tentunya meninggalkan kesan yang besar buat kami. Namun, sisa sisa memori akan kekal melekat bersama kami. Kami akan merindukannya selamanya dan tidak pernah melupakan saat-saat indah yang kami alami. Satu-satunya perkara yang membuat kami terus maju ke hadapan adalah dengan memikirkan semua kesenangan dan kegembiraan yang boleh kita dapatkan di sana saat kita bersama lagi setelah kami menyusul nanti. Wahai adik Banglong yang Banglong kasihi, Abang Long sangat menyayangimu! Namun, Allah lebih menyayangimu. Kau, Hafiz akan selamanya kami rindukan dan tidak akan pernah dilupakan. Hafiz.. damailah kau di sana... semoga Allah meletakkan kau di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Sepertimana Arwah Abah (Allahyarham Haji Ismail bin L. Alias) pergi pada bulan Rejab.. kau juga pergi pada bulan Rejab ini dengan penuh kasih sayang semua insan di keliling kau Hafiz.... Sekali lagi terima kasih buat semua yang mendoakan, buat semua yang banyak membantu dan buat semua atas kebaikan kebaikan yang tidak sempat kami nyatakan. Al-Fatihah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail / Syamsul Debat / Bang Long

Syamsuldebat
Syamsuldebat
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 25 January 2025 03:57:26 GMT
1031405
33552
1771
670

Music

Download

Comments

zurinmohamad_
KakChaq Zurin :
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-25 04:36:22
9
nunez999.ynwa
nunez999 :
fan Liverpool ...you will never walk alone hafiz🥰 ynwa..
2025-01-25 14:17:51
3
pikt1fairuzi
FAIRUZI OMAR :
*انا لله وانا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه واسكنه فسيح جناتك مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا*🥀
2025-01-27 07:22:04
1
smokey_7881
Smok3y :
إِنَا لِلَهِ وَإِنَا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللّهُمّاغْفِرْلَهُوَارْحَمْهُوَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ
2025-01-25 14:49:15
1
mfr9779
emefar :
إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه Takziah acoy sekeluarga
2025-02-01 08:01:58
0
muslimahbakar._
MUSLIMAH :
Salam Takziah buat ustaz sekeluarga... اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-31 11:51:45
0
nurulhuda.mohd.sa
Nurulhuda Mohd Salleh :
Innalillahi wainna ilaihirajiun... اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Salam takziah Tn
2025-01-31 06:50:03
0
nadzuman
Bangman Impreza Stututu :
al-fatihah, salam takziah
2025-02-01 14:47:30
0
otosan.gaming
Otosan :
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-25 04:24:54
2
ngah213
ngah :
:إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-25 08:47:18
1
sha_mizz77
Sha_mizz :
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-28 06:03:46
0
solehin114
صليحين شاريحن 🇲🇾❤️🇵🇸 :
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
2025-01-30 04:20:31
0
asiah.mohd.hasan
asiah Mohd Hasan :
saya xkenali arwah secara dekat tapi isteri arwah Farah adalah anak saudara saya...saya sepupu ngan mak farah... semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin dan Syuhada... Aamiin
2025-01-25 10:45:47
68
ashrafhelmi24434
ashraf helmi :
salam takziah...balu dan anak2nya layak mendapat faedah Perkeso atas kenatian Allahyarham ini.
2025-01-25 07:19:59
30
shima.zainal
Shima Zainal :
moga arwah Chem (Syamsul Hafiz) ditempatkan di kalangan mereka² yang beriman dan berama soleh. ameen. Arwah rakan sekelas saya masa di KGV Sbn.
2025-01-25 08:31:22
36
ctrauhah
ctrauhah :
Innalillahiwainnahirajiun. Allahummaghfirlahuwarhamhuwaafihiwa'fua'nhu. Menangis saya membaca nukilan ustaz ini. Saya anak sulung 5 beradik juga tlh kehilangan adik bongsu kami bln March 2021😢
2025-01-25 08:51:48
25
2021luqman
umie nor :
sgt tkesan ustaz samsul khilangan adiknye,tk sangka ustaz pndai merintih meluah prasaan kan..mbaca nye buat saya sebak
2025-01-25 07:00:50
64
jid9766
JID_Fadz :
Salam takziah ust dan keluarga. Kakak sy yg paling dikasihi pun pergi meninggalkan kami pada tarikh yg sama 21/01/2025.
2025-01-25 08:31:00
18
itsnora_ra
d'nora :
Cntik ssunan nme2 adk brdik ustaz. Ape2 pom...sy pnjtkn doa Al fatihah untuk adk ustaz. Syamsul Hafiz
2025-01-25 12:54:20
24
juliah404
juliah404 :
sama macam saya juga...adik yg no 3 pergi dulu meninggalkan kami( alang)
2025-01-25 08:56:25
9
jeehanjay
JeehanJay :
arwah sakit apa...
2025-01-25 14:45:05
5
syurgacintamu28
mizlove :
Salam takziah atas pemergian adik ustaz shamsul..semoga dtptkan bsma golongan hmba allah yg mulia aamiin..al fatihah..🤲😔🥀🥀
2025-01-25 04:33:36
5
zulazuwar.wan.moh
chefZul :
innalilahiwainnalilahirajirun,salam takziah tuan syamsul debat,dan seluruh ahli keluarga,sya pon dh merasai kehilangan adik yg kite syangi,arwh covid,berat sungguh berat,tpi kmi redha ketentuan ilahi.
2025-01-25 06:20:26
13
oneminutetraderacademy
K.Hakim :
Saya saksi betapa benar kata2 Ustaz. Arwah sangat pemurah. Istiqamah berjemaah, suka bersedekah dan sentiasa berbuat baik. Kami memang rapat semasa saya bekerja di Bagan Serai.
2025-01-25 10:24:04
23
yasmeen.akbar.ali
Yasmeen Akbar Ali :
Innalillahi wainnailaihi roji'un Salam takziah ustaz.. semoga roh adik ustaz iaitu Syamsul Hafiz ditempatkan dikalangan orang² yg beriman.. In sya Allah
2025-01-25 08:40:47
8
To see more videos from user @syamsuldebatofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About