@mycommunitynewssabah: Dalam usaha mempromosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Tourism Malaysia menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi menyambut kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa. Sambutan berlangsung dengan meriah dengan pengisian yang menarik, antaranya tarian kebudayaan, tarian singa dan upacara mengaul Yee Sang iaitu hidangan tradisi cina yang menjadi simbolik kepada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kemakmuran. #fyp #kk #sabah #cny