@puteribidadari_: Replying to @أم BBM/ABM Bahan Bantu Mengajar Set Induksi atau aktiviti interaktif : "Buat Bunyi Ringg Ringg & Angkat Telefon!" Objektif : ✔️ Menarik perhatian murid pada awal pembelajaran. ✔️ Mewujudkan elemen keseronokan dan kejutan. ✔️ Mempersiapkan murid untuk topik yang akan diajar. Cara Pelaksanaan : 1. Murid Buat Bunyi Telefon 2. Guru beritahu bahawa telefon hanya boleh diangkat jika bunyi deringan cukup kuat. 3. Murid bersama-sama buat bunyi "RING RING!!" secara berulang-ulang dan semakin kuat. 4. Guru minta murid Angkat Gagang Telefon 5. Setelah bunyi cukup kuat, murid angkat gagang telefon dan tunjuk ‘hint’ topik pada hari tersebut pada rakan-rakan. 6. Guru minta semua murid teka apa topik pada hari tersebut untuk lebih banyak interaksi. SELAMAT MENCUBA !