@kittyyyy8_: baby girl#fyp #catsoftiktok #meow #funnyvideos #fypシ #cutecat #kucing #catlover #cats #PetsOfTikTok #kitty #funny

freedom
freedom
Open In TikTok:
Region: US
Saturday 08 February 2025 02:39:45 GMT
12661
604
13
78

Music

Download

Comments

tamanja.com
tamaaa_nnnjaa_yy :
oyen selalu lucu 😋
2025-02-09 23:21:36
0
jabonks
kitty :
CUTIE PIE OMG[happy]
2025-02-08 02:45:06
0
usernamee09010
- :
oyen
2025-02-08 08:58:19
1
user26684713343446
user2668471334344Римма :
красавчик👍
2025-02-10 11:38:35
0
sof_g92
SOFIA🤷🏻‍♀🪐 :
Rompi el hielo🥺
2025-02-08 02:43:34
0
vel83680
Vel :
💝💝💝
2025-02-08 13:32:49
0
user26684713343446
user2668471334344Римма :
😃😃😃
2025-02-10 11:38:25
0
songchaq
ให้ชาฟูใจ :
🥰🥰🥰
2025-02-08 14:11:16
0
hieu33214
TrầnHiếu429 :
😂😂😂
2025-02-08 14:07:52
0
belyi773
YouTube_Planeta :
🥰🥰🥰
2025-02-08 09:40:48
0
buddyspetemolly
Girls Girls BM Buddyspet :
Awww so cute 🤩 We would love you to represent our brand, contact us for more 📩🐾
2025-02-08 14:16:06
0
ryanawiya0768
ica :
😻😻😻
2025-02-09 01:24:54
0
hanchan302
寒蝉 :
大橘为重
2025-02-08 08:34:10
0
To see more videos from user @kittyyyy8_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

| BOTOL TOYU DAN KEDAI MAT  Nukilan Muhammad Sanusi Md Nor (Menteri Besar Kedah)
| BOTOL TOYU DAN KEDAI MAT Nukilan Muhammad Sanusi Md Nor (Menteri Besar Kedah) "Jalan cepat kit, satgi kedai Mat katok (tutup), paa pun tak leh beli" Ajik membebel sepanjang jalan. Mak suruh kami ke kedai hanya untuk sebotol toyu (kicap). Lauk tak ada. Duit pun tak ada. "Nak beli paa, nak gi tuka jaa.." Aku menjawab. Aku membimbit lima biji botol kicap yang kosong. Ajik juga bawa seplastik. Masa itu, sepuluh botol kosong kicap cap Lembu Berlaga – Md Isa Jamal- labelnya kuning, boleh ditukar dengan sebotol kicap itu di kedai Mat. Kedai Musa tak buleh, dia tak terima. Tak taulah pasai apa. Hari sudah senja, menjelang maghrib, Mat kedai akan tutup kedainya. Papan sekeping-sekeping yang bernombor 1 sampai 12 tersusun, di selang dengan pintu papan di tengahnya. Kalau pintu itu sudah tutup, alamatnya malam ni makan nasi dengan minyak bekas goreng ikan masin pulak lah. Kedai Mat dulu-dulu Tugas aku seperti sudah tersurat. Selang dua atau tiga petang, aku kena beli minyak gas. Kadang-kadang ikan atau garam. Seringkali aku ke kedai seorang. Ajik dan lain-lain sudah ada tugasan, angkut air atau cari kayu api, kerat dan simpan. Ada kalanya, aku sampai waktu kedai sudah tutup, lubang antara papan bernombor itulah tempat meninjau, Mat Kedai dok buat apa. Bila nak buka kedai pulak? Hari dah gelap, sat lagi lorong ke kola dah tak nampak, nak balik macam mana? Hanya cahaya bulan - kalau ada- menyuluh lorong 1.5 kilometer ke rumah. Aku mundar mandir depan kedai sambil mata meliar memerhati simpang jalan, memikirkan cara untuk pulang. Intai lagi. Lampu minyak tanah meliuk lintuk atas meja, dia tak ada. Hanya nampak biskut bulat tergantung, kertas kelonsong tiga segi tercucuk di besi cangkuk. Kertas itu untuk bungkus tepung atau gula. Tali pengikatnya tertambat di tiang rak kicap dan sardin. Tali itu masin, sering juga aku menikmati kemasinannya..cruup! crupp! Aku menikmati masinnya. Hey! Kotoo!..Mak menyentap tali masih dari mulut aku. Mak gumpal, campak ke dalam api dapurnya. Walaupun basah, lama- lama menjadi abu juga. Sreh!sreh!sreh! Kasut Mat Kedai menghala ke pintu. Selak diangkat, pintu dibuka. "Haa! Shi...mu nak beli pa"? Tanya bang Mat. “Minyak gas 4 kupang Bang Mat". Sambil menghulurkan botol. Dia mencangkung agak jauh, kalau dekat, dia tak boleh menggumba minyak dari dalam tin ke dalam botol setengah kati itu, kerana tangannya mesti sentiasa lurus. Sebelah tangannya tak boleh dilipat, sikunya patah - tak tahu sejak bila. Mulut botol minyak gas itu di sumbat dengan gumpalan kertas surat khabar. Gabus penutupnya sudah hilang. Aku melintas jalan, menunggu di kepala simpang, kalau-kalau ada sesiapa lalu. Kalau nasibku baik, aku di ajak menumpang. Pak Cik Pozi selalu baik hati, kalau motornya tak penuh. Kalau Pak Teh Meli membonceng Mat Teh Pura di belakang, aku kena genggam botol sekuatnya, berlari sedaya upaya mengekori motornya. Selalunya aku hanya dapat menumpang cahaya lampu motornya separuh jalan saja. Mereka laju, tak tahulah mereka sedar atau tidak aku sedang menumpang dalam pecutan dari belakang. Keletihan tercungap-cungap akan menghilangkan ketakutan kepada hantu jembalang. Aku tetap akan pulang. Sampai di rumah, pelita akan berisi dan menyala terang. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali....bertahun-tahun juga aku berlari. Botol-botol kaca Botol dalam karung plastik terasa makin berat, bertukar ke tangan kiri, sekejap balik ke tangan kanan. Makin laju berjalan, makin kuat bunyi botol berlaga sesama sendiri. " Jangan laju sangat, satgi botol pecah, tak cukup 10, Mat kedai tak bagi toyu." Aku sound Ajik. Deru enjin kereta dan lori sedah kedengaran, kedai sudah tak jauh di depan. Botol adalah sumber rezeki. Kami kutip himpun di belakang rumah. Ada botol toyu, atau botol air lemenet (A menet) sarsi, SAMBUNGAN DI Pesbuk Mb Kedah #nukilan #mbkedah #sanusi #fypシ #fypdongggggggg #fyp #thegreaterkedah #botoltoyudankedaimat

About