@empat4enam6: Stesen minyak Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur mula dibuka kepada pelanggan secara rasmi pada 3 Julai 1981. Ia dirasmikan oleh Pengurus Jabatan Pemasaran Domestik, Encik Salim Abdul Rahman dengan bacaan doa kesyukuran oleh Ustaz Ismail Kamus dari Pejabat Agama Wilayah. Stesen pertama ini beroperasi dalam kapasiti sederhana dengan hanya empat pam minyak dan sebuah bengkel automotif asas. Bekas kakitangan stesen minyak Petronas TTDI, Nor Azam Abd Karim, yang berkhidmat sekitar tahun 80-an berkongsi pengalamannya berkata, pada awal pembukaan stesen itu, jenama Petronas masih belum dikenali dan tahap keyakinan masyarakat masih rendah. "Sambutan pelanggan sangat sedikit dan kami berusaha melakukan sesuatu yang berbeza bagi mengubah persepsi mereka. Kami mula memperkenalkan perkhidmatan 5 plus 1. Sejak itu lebih ramai pelanggan masuk kerana tertarik dengan nilai tambah ditawarkan," katanya. Perkhidmatan "5 plus 1" merangkumi lima sudut pemeriksaan kenderaan termasuk servis lap cermin hadapan secara percuma bagi setiap kereta. Tawaran ini juga menjadi tarikan utama di stesen mintak Petronas TTDI memandangkan hampir semua kereta yang masuk ke stesen, cerminnya diliputi kotoran akibat keadaan jalan ketika itu kurang sempurna. Bermula di TTDI, kini jenama stesen minyak Petronas telah berkembang dengan lebih 1,000 stesen di seluruh negara. Pelancaran stesen pertama ini menandakan permulaan yang signifikan bagi Petronas dalam segmen hiliran industri petroleum Malaysia. #fyp Sumber: Berita Harian & Jagat Impak

4empat6
4empat6
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 17 February 2025 02:07:20 GMT
13259
160
2
7

Music

Download

Comments

heryizwanahamadna
HERYIZWAN :
ye harap pihak Petronas tak akan sekali lupa sejarah asal usul Petronas...ye skrg lihat stesen Petronas macam mana kemudahan nya lengkap..semua ada..
2025-03-01 23:18:30
1
atmyyaacob
八田 ミミエ Che Mimie :
7 tahun Petronas ditubuhkan..baru ada stesen minyak
2025-02-17 11:36:37
1
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About