@tanjakpost: Melihat anak bulan Ramadan ditetapkan petang 28 Februari KUALA LUMPUR: Petang Jumaat minggu depan atau tanggal 28 Februari ini bersamaan 29 Syaaban 1446H, ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk perisytiharan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam di negara ini. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pada malam hari sama, katanya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh awal Ramadan melalui siaran radio dan televisyen. "Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Jumaat, 28 Februari 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446H," menurut kenyataan itu. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pada malam hari sama, katanya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh awal Ramadan melalui siaran radio dan televisyen. "Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Jumaat, 28 Februari 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446H," menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi seluruh negara. Lokasi terbabit ialah Pontian Kecil, Johor, dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka. Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor. Seterusnya, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah. Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu; serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan. Selain itu, Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; serta Menara Kuantan 188. Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan kali ini ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.#malaysiatiktok🇲🇾 #netizen #fyp #Ramadan #anakbulan #puasa #puasa2025 #fypmalaysia

Tanjak Post
Tanjak Post
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 20 February 2025 11:55:36 GMT
7294
100
3
47

Music

Download

Comments

nick_ryuki
Nick⚡ :
Kalau scope 28 confirm ke puasa jatuh 1hb. Ke boleh jadi 2hb?
2025-02-20 13:47:54
0
aizad77
Aizad77 :
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari dlu bt kita semua. Ramadhan Mubarak 🥰🥰🥰
2025-02-22 00:59:38
0
To see more videos from user @tanjakpost, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About