@empat4enam6: (1500) Kesultanan Demak merupakan kerajaan Islam pertama di Jawa pada awal abad ke-16. Ia diasaskan oleh Raden Patah pada tahun 1500 yang menjadi pemerintah pertama sehingga tahun 1518. Kesultanan Demak terletak di daerah Demak, Jawa Tengah. Pada awalnya, Demak merupakan wilayah naungan yang tunduk pada kekuasaan Kerajaan Majapahit. Di bawah kepemimpinan Raden Patah, Demak menjadi pusat penyebaran agama Islam di Pulau Jawa yang ditunjangi bersama Wali Songo. Secara politik, Kesultanan Demak merupakan kekuasaan terbesar di Jawa yang telah memupuskan dominasi panjang Majapahit. Berdirinya Demak pada awal abad ke-16 menjadi igauan kepada penjajah Portugis, malah Demak berjaya menghalang Portugis menawan Pulau Jawa selepas Kota Melaka ditawan pada tahun 1511. Kesultanan Demak mahsyur semasa pemerintahan Sultan Trenggono mulai tahun 1521. Pada masa kejayaannya, Demak mampu menawan Sunda Kelapa, Tuban, Surabaya dan Pasuruan, Madiun dan Blambangan yang merupakan kerajaan Hindu terakhir di Pulau Jawa. Selain itu, pelabuhan utama di Surabaya, Madura, Semarang, Jepara dan Cirebon berjaya dikuasai dengan sumber utama pertanian dan peternakan sebagai sumber ekonomi. Beras Jawa merupakan komoditi penting dalam perdagangan antarabangsa di Alam Nusantara ketika itu. Kesultanan Demak mengalami keruntuhan disebabkan perebutan takhta dan kuasa di antara penguasa wilayah setelah mangkatnya Sultan Trenggono pada tahun 1546. Beberapa siri peperangan saudara dan pemberontakan sering berlaku dan akhirnya Kesultanan Demak berakhir di bawah pemerintahan Arya Penangsang pada tahun 1554. #fyp Sumber: Info Detik & Jagak Impak
4empat6
Region: MY
Saturday 22 February 2025 06:38:25 GMT
Music
Download
Comments
A Z M I A R S H A D :
petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang
2025-02-22 08:35:33
0
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm
homepage.