@wartasemasa: Anwar Ibrahim Seru Kesatuan Intelektual Islam Demi Palestin dan Syria Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menggesa sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu dalam menentang perpecahan mazhab serta memperkukuh sokongan terhadap Palestin dan Syria. Berucap di Persidangan Dialog Intra-Islam di Bahrain, beliau menekankan bahawa perpaduan adalah kunci dalam menghadapi krisis global yang dihadapi umat Islam. Anwar mengecam eksploitasi sektarianisme yang melemahkan solidariti politik dan ekonomi negara-negara Islam.