@ohterkini_: Hari ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita pegang telefon ketika solat Tarawih pada hari pertama Ramadan di sebuah masjid dipercayai terletak di Bangi, di sini, sehingga menarik perhatian ramai. Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat. Menurut Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, perbuatan memegang telefon ketika solat bagi membaca surah yang belum dihafal adalah dibenarkan asalkan tidak menganggu fokus menunaikan ibadah. Berkata kepada Sinar Harian, beliau menyatakan para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian ‘salaf’ yang membaca daripada mushaf ketika solat. Bagaimanapun, adalah diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakannya di tempat yang mudah dibaca. Ia adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya semula. Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk. “Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah. “Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal,” jelasnya. Tambah beliau, tindakan wanita dalam video berkenaan menanggalkan dan memakai semula cermin mata ketika solat adalah tidak membatalkan jika pergerakan tidak melebihi tiga kali. Jelasnya lagi, solat tetap sah selagi pergerakan tidak berlebihan dan tiada interaksi dengan orang lain. Namun, Mufti menegaskan bahawa bersiaran langsung ketika solat boleh mengurangkan kekhusyukan serta memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat mengenai adab dalam ibadah. “Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum,” katanya. Sumber: Sinar Harian/IG Kisah Awak Dan Saya #solat #terawih #live #pegang #fon #mufti #pulaupinang

ohterkini_
ohterkini_
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 02 March 2025 10:43:55 GMT
153761
1615
560
452

Music

Download

Comments

janatulazam
J.A :
kat mana khusyuk nya klu main hp!!!aku pon blh jdi mufti klu stament mcm ni
2025-03-02 11:41:43
289
me.dontlikerizz
Call•〽️e.rizz :
dia ni islam ic je ke..
2025-03-02 11:53:00
58
adamdexter1
Adam Mika🐉 :
Tp, dia solat jemaah kalo imam ok fhm..utk ape ye makmum pegang fon? Maaf tanya je..sama2 dapat pencerahan
2025-03-02 13:10:52
11
_nikaida99
NikAidaaaaaaaaaa :
knp makin lama makin pelik ehh
2025-03-02 12:30:54
33
askaharapan
soldier :
pelik ulasan mufti ni..
2025-03-04 03:35:00
0
asyree16
syuk basha :
media pun satu. buat artikel mengundang fitnah ntizen!!!
2025-03-02 22:38:50
2
ulat_beluncast82
Ulat_Beluncast82 :
siap buat live lagi mofti ni pun agak2 la
2025-03-05 10:44:55
0
opahna01
OPAH NA. :
aduh....yang tak tengok fon kadang2 tak khusuk
2025-03-04 06:28:40
0
airara207
26. :
dia Baca surah kot
2025-03-18 16:06:50
0
n.syzz
syZ :
xbrapa nak khusyuk rasanya kalau tetiba masuk noti ws/fb/shp e /tt🤭🤭🤣🤣 apa2 pun husnhuzon😌
2025-03-05 13:26:49
0
user7411602758353
mas :
Kalau dah tgk hp mestilahbtak kyusuk logiknya
2025-03-04 03:15:38
0
fakhrul_42
千卂Ҝ卄尺ㄩㄥ🇲🇾 :
mufti pon macam tu ermm
2025-03-02 12:46:36
0
brohu
bakal hackers :
lainlah imam takde masalah kalau untuk ayat quran tetapi kurangkan pergerakan
2025-03-04 01:55:55
0
sufi_afdlin
Abepie caster🐬 :
kalau imam ok lh kalau makmun xtau lahh
2025-03-04 06:25:48
0
superworkautokaja
super work auto :
MN dtgnya khusyuk... ke tak faham mksud khusyuk tu..
2025-03-04 13:35:07
0
sisqaseh2
kak yong qaseh ///.... :
bca surah pnjg hukum nya makruh...bukan surah pendek2...
2025-03-04 03:50:33
0
shldnlcpr
Sheldon Lee Cooper :
"sah solat jika baju terkena najis.." 🗿
2025-03-04 03:25:01
0
alfaruq9993
ماشاءاللہ :
syarat syah sholat itu BERAKAL
2025-03-07 03:44:09
0
juvitahamzah
Juvits :
klu gerak lebih drp 3x bukan batal solatnye
2025-03-02 11:54:02
10
my35707
àmy :
rasa dia belajar bacaan tu, sebab tak hafal
2025-03-03 08:42:56
0
abdul007762
Abdul007 :
kalo rasa tak hafal..ambil lah surah surah yang pendek..baru nampak pandai
2025-03-03 23:21:28
0
abdul007762
Abdul007 :
pegang phone tu x khyusuk lah tu. Kalo x hafal x payah lah..
2025-03-03 23:16:11
0
fairuz3883
fairuz3883 :
multi sama kot tgh solat tgk tik.tok kot..
2025-03-03 15:15:15
0
schayangx
Scha_Yang 〽️ :
dia sbnrnya tkde mslh nk pegang fon utk ganti mushaf sbb tkde kn. bgus dh cri alternatif lain. tp yg kau buat live tu… utk apa. tk perlu. tu je
2025-03-04 00:48:46
0
jzmd1012
Jzmd1012 :
siapa yg rakam beliau?
2025-03-02 13:47:14
0
To see more videos from user @ohterkini_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About