@empat4enam6: Mesin jahit diperkenalkan sebagai satu inovasi untuk mempercepatkan dan memudahkan kerja menjahit, menggantikan jahitan tangan yang lebih memakan masa. Paten pertama bagi alat menjahit mekanikal diperkenalkan pada tahun 1755 oleh Charles Fredrick Wiesenthal, seorang pencipta dari Jerman yang menetap di England. Pada tahun 1830, Barthรฉlemy Thimonnier dari Perancis berjaya mencipta mesin jahit berfungsi pertama yang menggunakan satu benang dan jarum kait. Seterusnya, Elias Howe mempatenkan mesin jahit dengan mekanisme jahitan lockstitch (dua benang), yang menjadi asas kepada mesin jahit moden. Pada tahun 1851, Isaac Merritt Singer memperkenalkan mesin jahit dengan reka bentuk yang lebih praktikal, termasuk penggunaan pedal kaki bagi menggantikan engkol tangan. Singer juga mempopularkan sistem pembayaran ansuran, menjadikan mesin jahit lebih mudah dimiliki oleh orang ramai. Seiring dengan kejayaan jenama Singer dalam menembusi pasaran domestik dan menjadi pilihan utama isi rumah, tagline "๐™Ž๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ง ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–" diperkenalkan. Dengan inovasi yang memudahkan kerja menjahit, mesin jahit Singer bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan tenaga, malah turut menjadi simbol kecekapan dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Sumber: PD Tmn Pinggiran Senawang & Jagat Impak

4empat6
4empat6
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 04 March 2025 01:50:56 GMT
738
33
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About