@moh_kome: Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut dari bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Dalam Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh 1985, Kampung Manjoi dikeluarkan dari pelan tersebut kerana ramai penduduknya tidak bersetuju terutama sekali untuk bayaran cukai pintu, cukai tanah, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Lantaran itu Kampung Manjoi kekal terbiar lebih 20 tahun berbanding dengan kemajuan bandar Ipoh. Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidan pada tahun 1900. Uda Kidan berasal dari Bota, Perak. Dia bersama-sama dengan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan kehidupan yang baru. Menurut penduduk disana, Perkataan Manjoi diambil sempena nama Datuk kepada Uda Kidan yang bernama Tok Manjoi. Beliau dikatakan adalah seorang yang amat warak dan alim. Uda Kidan dikatakan sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri. Ada juga cerita yang menyatakan nama Manjoi ini diambil dari nama isteri Uda Kidan, yang digelar Manja. Perkataan manja apabila disebut dengan dialek Parit, bunyinya pekat manje’ dan lama-kelamaan akhirnya perkataan tersebut menjadi Manjoi. Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mula dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang paling besar di Perak dan juga di Malaysia. Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah. #traveltiktok #jalanipoh #mohkenaiperak
Moh Kome !
Region: MY
Tuesday 04 March 2025 04:36:10 GMT
Music
Download
Comments
M.shai00 :
kampung terbesar di Malaysia x silap
2025-03-04 14:53:42
16
firgengen :
kg mmg ni mmg besar, bermula dr belakang taman che wan, dkt kawasan tasek, Dato Ahmad Said 3 tambahan, dan blh tembus smp ke jelapang, btl2 dkt area kawasan telekom
2025-03-08 00:32:57
2
parit buntar event :
Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2 🙋
2025-03-06 17:25:36
7
meyoowr-AB :
kalau tak tau jalan jangan masuk sini boleh sesat woo😆😂
2025-05-01 06:39:13
3
gafpopmike1414 :
Manjoi hadir Jln Datin😘
2025-03-06 12:02:53
2
Damzuri🇲🇾 :
pernah masuk dlm ni sesat😂
2025-03-25 15:35:43
1
Nor Aziz :
Aku budak tengku husien lama
2025-03-04 09:03:50
3
Farhan Fadzil246 :
Kali pertama masuk memang saya x jumpa jalan keluar
2025-04-15 13:58:02
2
eidaayda :
Kpg Dato Ahmad Said
2025-03-04 22:53:49
2
-€r¥- :
apa kabar Manjoi... aku lahir di Manjoi..jln tok ketua. ✌
2025-03-04 11:50:26
3
A🩸 :
orang Manjoi semua kaya2
2025-03-21 05:38:48
4
MÃZEIIN_HZA_1102 :
jln PaDANG kg manjoi bertentangan sekolah rendag manjoi satu Dan Dua .cerita manjoi ni mmg ada sejarah tok aku cerita org luar first time masuk manjoi mmg boleh sesat
2025-03-04 12:27:25
5
makyangruby :
Orang Ipoh... Dh pernah sesat pun.. 😥😥😥
2025-04-23 06:16:18
1
pa'ang :
teman org sg tapah..😄
2025-03-06 10:47:18
3
kartinaibrahim1504 :
Kg Tengku Hussein Hujung hadir
2025-04-19 22:31:17
1
Mahani ani :
ini kg yg terbesar Di🇲🇾🇲🇾 suka pergi sini makanan mac2ada org melayu berniaga. 👍👍👍
2025-04-20 06:04:16
1
カイル•アヌアル•140177 :
teman cucu Jln Raja
2025-03-04 12:22:01
2
Coconoor :
Tempat aku membesar....
2025-08-30 13:35:36
1
mohdsalleh800 :
uda kidan ni ada brp org isteri
2025-03-25 04:55:56
2
Noor Ashikin Binti Bahari :
saya kg sg tapah
2025-03-30 04:49:10
1
KopiJantan :
Harap berterusan jgn ada tangan ghaib yg ganggu pulak
2025-05-01 15:22:52
1
🎶ラミンomarリュウキ :
Why tak masuk UNESCO
2025-03-24 13:08:58
1
F4124L ahmad :
Boleh sesat ooo dlm ni..
Mydin Je jd mercu tanda if sesat
2025-04-13 09:20:37
1
sharifahhasan :
Arwah mk buat umah setingan kt sg.Tapah 30thn dulu .. alhamdulilah sy dpt tanah buat umah kg Jelapang Baru....kenang yh tk blh lupa dok setingan
2025-05-18 13:41:16
1
Fya🕊️ :
Patut masuk dlm Unesco, Kg Melayu terbesar lebih 100 tahun.
2025-03-04 17:49:47
3
To see more videos from user @moh_kome, please go to the Tikwm
homepage.