@mbpp_official: PEMANTAUAN BAZAAR RAMADAN 5 Mac 2025 Demi memastikan Bazaar Ramadan di seluruh kawasan bahagian pulau, Pulau Pinang mencapai tahap pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan, Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan membuat pemantauan secara mengejut setiap hari. Sebagai langkah persediaan kepada semua penganjur dan peniaga di Bazaar Ramadan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menganjurkan sesi taklimat pada 28 Februari 2025 yang lalu bagi memastikan kesemua syarat-syarat serta prosedur difahami dan dipatuhi sepanjang perniagaan. Tindakan kompaun akan diambil sekiranya penganjur dan peniaga (pengendali makanan) gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua penganjur dan peniaga Bazaar Ramadan di kawasan pentadbiran ini sentiasa mementingkan kualiti juadah dan kebersihan gerai/tapak niaga demi kebaikkan para pelanggan. “Memimpin Sambil Berkhidmat” #mbpp #bandarmesrausia #BazaarRamadhan2025 #JabatanPelesenan