@fulanahhijrahh: Gadhul Bashar (غض البصر) bermaksud menundukkan pandangan atau menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram atau tidak sepatutnya. Dalam Islam, konsep ini sangat ditekankan untuk menjaga kesucian hati dan mengelakkan godaan syahwat. "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka..." "Pandangan adalah satu panah beracun dari panah-panah Iblis. Barang siapa yang menundukkan pandangannya kerana Allah, maka Allah akan memberikan manisnya iman di hatinya." #fypシ #hijrah #fisabilillah #gadhulbashar #istiqomah #pandangan #syaircinta