@mycommunitynewssabah: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Perbandaran Penampang (MPP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan integrasi aplikasi tempat letak kereta digital antara Sabah Smart Parking (SSP) dan Flexi Parking (FP) di Kota Kinabalu, pada Jumaat. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Dr Sabin Samitah berkata, MoU antara DBKK dan MPP ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna kenderaan yang sering berulang-alik antara kedua-dua kawasan tersebut. Sabin turut memaklumkan bahawa pelaksanaan sistem ini akan bermula secara rasmi pada 10 Mac 2025, memberikan masa kepada pengguna untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. #mcnsabah #communitynews #dbkk #sabahsmartparking #flexiparking #kotakinabalu #penampang #sabah